TAK SUSAH PUN MASUK OXFORD LA NI!

T

Dulu zaman aku, top student pun gagal dapat Oxbridge tau. Ingat tak dulu Amalina kata nak masuk Oxbridge (Oxford atau Cambridge), at the end dia ke Edinburgh. Amalina pun tak lepas.

Batch aku yang dalam circle aku yang berjaya ke Oxford kalau tak silap 2,3 orang je. Medic sorang, 2 engineering. Cambridge pun seorang dua je kalau tak silap.

Sebenarnya, memang masuk masa undergrad la paling susah, paling payah. Kalau siapa yang dapat kena bagi some reservation la kat dia.

Masuk ketika postgrad dah kurang susah. Ni postgrad betul tau. Yang buat master atau PhD betul. Research based.

Lebih mudah sebab dia base on tajuk dan funding kau dapat. Adalah seorang dua kawan aku yang masuk masa master dan PhD.

Yang masuk jadi fellow, sebatikal, apa jadah semua tu, takda apalah. Itu semua ada agenda lain diorang nak buat dekat tokoh-tokoh yang diorang nak tame down.

Lately ni je aku perasan Oxford ada buat short-online course siap tekan fb ads, google ads jual online-online course macam executive diploma dan prograduate diploma in Financial Strategy ni.

Course macam ni, apply dan bayar je. Kalau korang perasan, Harvard ada buat, UCL, Cambridge, MIT pun ada buat. Ini semua short-online course untuk uni-uni ternama ni cari makan je. Lepas tu boleh poyo-poyo ngaku alumni.

Yang susah masuk adalah undergrad, kena result AAAA masa A-Level kalau Oxbridge, kemudian ada interview. Kena lepas dulu interview. Lepas tu diorang akan decide. Tunggulah offer letter.

Tapi kalau online-short course ni, takyah nak sembang lebihlah. Kenapa aku tau? Dulu pernah apply, kena panggil interview. Tapi tak pergi. Dulu takda interview pakai Zoom.

Masa aku kerja kat UK dulu, circle aku kan budak-budak pintar yang dihantar ke UK. Adalah sorang gopren budak Cambridge yang jodoh tak kesampaian..

Apa khabarlah awek Cambridge tu? Luar biasa baik harapnya..

😜

ps : sekadar share pengetahuan dan pengalaman..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.