Asas, prinsip dan falsafah NGO adalah KESUKARELAWANAN atau VOLUNTARY. Bukan business oriented, profit oriented, corporate-based, lubuk gaji, lubuk cashout, atau lubuk menjana income jemaah.
BUKAN!
Takda siapa suruh dan minta orang ber-NGO. Semuanya pilihan sendiri dan semangat sendiri. Kalau rasa tak boleh buat, tutup, pergi kerja, hidup macam biasa. Kumpul duit sendiri.
Kalau untuk jemaah, collect duit ahli sendiri. Macam Al-Arqam*. Berniaga betul-betul. Bukan collect derma awam, lepas tu buat lubuk untuk puak-puak diorang ambil gaji atau cashout.
Begitu juga dengan dakwah. Asasnya adalah voluntary. Harta dan diri (nyawa dan masa) sendiri. Allah berfirman,
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(At-Taubah 9:111)
Maksudnya budak-budak usrah masih tak cukup tarbiyah lagi la ni. Para sahabat 10 yang dijanji syurga ada jadi pengemis atau agent mengemis? Semuanya bawa harta sendiri.
Zaman sekarang ni takda orang sanggup fi sabilillah. Then, pergi kerja macam biasa, bila ada duit, taruh, bubuh dan korban masa dan diri.
Cuma aku teringat kepada Jemaah Tabligh, korang ingat diorang keluar-keluar satu dunia tu kutip duit korang? Tak bro. Semua duit sendiri, duit flight, duit makan minum, travel, duit tinggal untuk family, semua sendiri.
Korang nak tengok bukti?
Korang pergi Masjid Seri Petaling tu, korang carilah tabung.
Aku percaya, kalau Jemaah Tabligh ni nak raise fund, sekejap je dia boleh raise daripada 1 dunia. Tapi sebab prinsip mereka bukan jadi pengemis, diorang takkan buat secara terbuka.
Itu yang aku pernah sebut kepada kawan-kawan aku, kalau kau takda apa-apa, takda tanggungjawab, takda hutang, ada sedikit semangat Islam, jika semuanya dibayar dan ditanggung beres, nak keluar seumur hidup, hatta tinggal di Gaza, insyaAllah ramai anak muda sanggup. Buka je tawaran..
Cuba kalau tak ditanggung beres, suruh pergi Gaza pakai duit sendiri, nak beli tiket flight pun tak mampu, sampai sana takda kerja, takda duit, orang Gaza pun suruh kau balik jela, buek habis boras je.
Point aku kat sini, NGO bukan tempat untuk berkerjaya. Ia tempat perjuangan, perjuangan perlu pengorbanan. Sebelum kau nak minta derma, kau sendiri dah korban level Abu Bakar RA ke belum?Tinggal Allah Rasul je..
Tapi, kalau kau balon elaun, gaji, pergi misi pakai duit derma orang ramai, lepas tu tuntut konon siapa nak buat kalau tak dibayar?
At the first place, siapa suruh kau buat?