Ramai je individu-individu daripada parti politik pernah invite, pujuk, dan ajak aku masuk parti mereka. Jawapan aku ada 2 jenis.
1. Terima tapi ada syarat.
2. Tunggu aku jadi billionaire.
Begini, aku berpandangan kalau nak masuk politik, aku sendiri kena steady dulu. Apa maksud steady tu?
Pertama, aku sendiri kena steady adalah aku kena ada income yang steady. Income aku itu bukan datang daripada kerajaan dan sekutunya. Kena selfmade.
Kalau aku masuk politik, aku nak berjuang, bukan nak jadi kaya. Aku taknak jadi macam orang lain yang selama ini tak pernah kerja, gaji pun tak seberapa, business pun tak ke mana. Masuk politik untuk dapat laba dan manfaat.
Itu yang ramai dah masuk, kemudian payah nak keluar. Sebab dah dapat jackpot, dah pernah dapat duit besar percuma. Cukup bulan dah ada dalam bank. Kerja atau tidak. Tak rasa susah cari duit untuk hidup dah. Yang susah, cari duit nak beli/pancing undi je. Itu yang kena merompak.
Itu sebab antara gagasan aku dalam kepala adalah gaji MP/menteri tidak boleh lebih 5x ganda gaji minimum rakyat marhaen. Baru mereka yang nak masuk politik ni, nak berjuang saja. Risikonya mungkin turun gaji. Jadi kurang kaya, mungkin jadi miskin.
Kedua, aku kena ada modal yang tidak berkurang. Contoh, aku ada RM1B dalam simpanan, dividen aku dapat setiap bulan boleh bagi aku gaji sebulan RM1M. Barulah sedap nak gerakkan parti.
Modal ini penting untuk sustain hidup kau. Kalau makan modal, itu yang kena rompak balik untuk bayar modal kau. Dekat sinilah biasanya diorang buat perangai. Cari projek itu dan ini.
Bila kau takda modal sendiri, itulah kau boleh dibeli oleh kapitalis-kapitalis besar di luar sana. Sudah terhutang budi, maka tergadailah body. Habis integriti dan sembang “babi” sebelum ini.
Ketiga, pengalaman hidup yang mencukupi. Ada sukses story yang benar-benar sukses. Aku pernah tulis dulu, ada hikmah di sebalik Nabi SAW dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Pengalaman hidup itu menyebabkan kau steady.
Ada MP yang dalam hidup dia tak pernah berniaga betul-betul. Tak pernah kerja betul-betul. Tak pernah susah. Tak pernah struggle. Tak pernah hadap LHDN, aku tak rasa dia faham jerit perit rakyat marhaen.
Ada MP yang start kerja terus masuk politik, menang, jadi mp/menteri. Apa dia tau pasal realiti orang dekat bawah? Mana dia pernah rasa kerja dengan orang, naik pelan-pelan. Mana dia pernah hadap kesusahan rakyat bawahan.
So, dah steady baru masuk politik. Baru kau tak lapar!
TERIMA TAPI ADA SYARAT – Syaratnya aku kena jadi boss. Boleh? Kalau tak boleh takpa. Nanti aku buka parti sendiri. Aku tak boleh boss aku lagi bangang daripada aku, TB (takut bini), ada kes korup, kurang pengalaman berbanding aku, dan tak faham agama teruk dari aku.
TUNGGU AKU JADI BILLIONAIRE – Kalau aku jadi billionaire yang STEADY, aku masuk politik, aku buka parti sendiri, aku dana parti sendiri. So, aku takda kebergantungan dengan mana-mana kapitalis, lobiyis, atau kerajaan. Baru aku boleh enjoy untuk make changes and reform. Kan? Tapi KALAU jadi billionaire lah..
So, lani aku tak mampu, tak layak dan tak berkemampuan masuk politik. Jadi, biarlah aku menyokong mana-mana polisi yang baik dan mengkritik yang mana kurang baik.
Tidak ada kerajaan yang sempurna dan rakyat yang sempurna. Tapi aku percaya, semuanya mahukan kebaikan. Tak kisahlah untuk diri sendiri mahupun sejagat. Itulah kata para ulama’, siasah itu adalah pengurusan antara maslahah dan mafsadah rakyat. It’s never perfect but at least less evil, more goodness.
Gitulah..
So, kalau aku buka parti tu maknanya aku dah jadi billionaire lah tu. Masa tu jemput LHDN datang melawat.
Kah kah kah!