TALENTCORP, JPA DAN SAHABAT AKU, IMRAN KAMALI..

T

Ada orang tunjuk dekat aku screenshot di bawah ini. Seakan-akan TalentCorp menyahut apa yang aku katakan. Rujuk gambar pertama.

Rujuk perenggan terakhir,
“The contract signed is a symbol of amanah of the rakyat, thus it is only right for JPA scholars to keep their promise and serve the nation for the development of a better Malaysia. “

Haha! Korang bacalah apa yang TalentCorp sampaikan. Rujuk sini :
http://www.talentmatters.com.my/…/3-ways-to-fulfil-your…

Bila terkeluar terma JPA, teringat aku kepada seorang sahabat aku, Allahyarham Imran Kamali, seorang pegawai PTD yang bertugas dengan JPA dan menjadi attache JPA di Australia menjaga pelajar-pelajar tajaan JPA. Dia meninggal dunia dalam kemalangan beberapa tahun yang lalu.

Arwah seorang yang sangat patriotik dan nasionalis. Sampai sahaja dia di Australia, terus dia memanggil aku dan berbincang bagaimana nak halang budak-budak JPA dari termakan doktrin usrah. Kerana, sudah maklum yang puak-puak usrah di sana yang diketuai oleh doktor-doktor pengkhianat negara suka meracun pemikiran pelajar-pelajar untuk stay dan jangan pulang berbakti. Try to stay dulu!

Sepatutnya, try to return back, bukan to stay back. Arwah sampai pernah suruh aku pickup budak-budak JPA pada tahun terakhir dia bertugas di Australia semata-mata nak mengekang budak-budak dia dari diperangkap abang-abang dan kakak-kakak usrah di Adelaide. Nanti aku cerita pengalaman ini. Ada beberapa kisah menarik.

Arwah pernah memberitahu aku yang doktor-doktor pengkhianat negara di Australia ketika itu kebanyakannya pelajar biasiswa JPA. Katanya, dia telah cuba bawa isu ini ke pihak atasan tetapi mereka kelihatan tidak serius ketika itu. Ada di kalangan pengkhianat keep going minta penangguhan, walaupun dah memiliki rumah 2-3 biji dan menjadi partnership di klinik GP. Ada yang guna cable pengarah dan menteri.

Ketika di UK, aku pernah hadir ke gathering para pengkhianat negara yang dianjurkan oleh TalentCorp ke, MTEN ke or PEMANDU or TERAJU, kalau tak silap, aku dah lupa. Anyway, macam-macam complain dan demand dari mereka aku dengar. Selain isu gaji di Malaysia underpaid, mereka juga demand macam-macam lagi, antaranya 2 biji AP dengan tax free tak cukup, dia mau 4 biji! Teringat ketika itu, ada seorang doktor dari Malaysia yang ke UK buat sub-specialist bangun, dia pun minta juga bagi pihak rakan-rakannya di Malaysia. Lebih kurang dia cakap macam ni.

“Saya juga graduan UK dulu, saya berpeluang untuk stay, tapi saya pilih untuk berbakti di Malaysia. Saya serve rakyat Malaysia, kalau mereka di sini yang tak balik dapat, saya mohon pihak TalentCorp juga menyediakan isentif yang sama buat kami yang berjuang di Malaysia. Rasanya, kami lebih layak. Kami bayar cukai di Malaysia, kami berbakti untuk rakyat Malaysia. Amat tidak adil jika mereka yang “khianat janji” untuk pulang diberi pelbagai insentif, tetapi yang telah pulang menepati janji dibiarkan begitu sahaja..”

Terus sunyi sepi dewan sekejap.

Aku sangat bersetuju dengan doktor itu. Aku cerita dekat arwah, aku cadangkan kerajaan stop je program TalentCorp, gantikan dengan nama LoyalCorp bagi insentif kepada mereka yang dah pulang ke Malaysia, bukan insentif memujuk mereka yang khianat pulang. Dahla belajar pun kita bayar, nak balik pun kena pujuk dengan gula-gula. Baik kita bagi appreciation kepada mereka yang dah berbakti.

Aku cadangkan kepada arwah juga, selain kita bagi AP kereta with tax free, kita bagi juga personal tax rebate or minimum flat rate kepada mereka yang dalam program LoyalCorp. Kalau diorang buat business, bagi tax exemption for few years macam MSC status. Tapi kita bagi selepas diorang benar-benar balik dan mereka yang telah berjuang di Malaysia lah. Karang jadi macam TalentCorp, dia belasah semua insentif tu, lepas tu balik semula ke sana!

Ada komrad-komrad yang bukan pengkhianat nak bantah? Korang semua yang pulang dan fight di sini, deserve more than them! Malangnya Imran telah pulang ke pangkuan ilahi. Takpa, kalau aku jadi PM, aku akan cuba realisasikannya..

Jadi undilah aku! Kah kah kah!

😉

Ps : Gambar ke-2 ketika hantar arwah pulang di Adelaide Airport.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.