Rata-rata ramai yang setuju bila aku sebut yang DS Najib Razak (DSNR) buat come back setelah dia tidak mengusung DS Rosmah Mansor (RM).
Majoriti rakyat Malaysia meluat dengan kehadiran RM dalam pentadbiran DSNR. Lebih-lebih lagi apabila RM masuk ke dalam pejabat PM.
Aku berpendirian yang apabila isteri masuk dalam gelanggang yang asalnya milik sang suami, bencana pasti akan berlaku sama ada awal atau lewat.
DSNR gagal ketika RM di sisi. Tetapi agak berjaya apabila RM sudah tiada di sisi. Ya, kadang-kadang isteri perlu mendampingi suami. Lihat contoh Tun Siti Hasmah.
Tetapi dalam hal kerja, office, politik dan business ia perlu dijauhi. Unless kau lelaki yang berniaga barang wanita atau kau menempel dalam business isteri kau. Itu aku faham.
Aku sudah melalui beberapa pengalaman yang telah menyebabkan aku kerugian yang sangat banyak. Seorang mantan gangsta yang TB, akhirnya sanggup mengkhianati aku selepas berbincang dengan isterinya di rumah. Tapi, pengakhirannya, bini dia telah tinggalkan dia juga.
Seorang lagi kawan yang TB yang sama-sama bersusah senang dengan aku tiba-tiba ghaib. Walhal kita telah sama-sama mencapai kata sepakat untuk ke arah mana. Bila disiasat, si bini sudah menjadi penasihat untuk buka syarikat sendiri dengan si bini.
Kedua-dua orang ini ada persamaan dengan DSNR yang dulu. Semua hal nak libatkan isteri. Semua deal nak bincang dengan isteri. Isterinya dibawa masuk ke office. Aku rasa privacy aku pasti dah di-breach melalui pemberian access ke handphone dia. Mesti bini dia baca group whatsapp kami.
Semalam, ada seorang rakan. Dia nak bawa wife dia meeting sekali dengan aku. Terus aku kasi tazkirah siap-siap pasal hal ini. Aku suruh wife dia tunggu kat luar. Kalau nak berniaga dengan aku, tak boleh TB dan bini jangan involve. Kalau tak boleh, deal off.
Ya, ada orang berjaya sama-sama business dengan isteri. Tapi tengoklah business apa. Business yang si laki tu kena tunggang bini!
Contoh :
1. Jual tudung.
2. Pakaian muslimah.
3. Ubat kurus.
4. Ubat putih.
5. Jamu perapat.
Kalau kau lelaki tulen, takkan kau boleh jual barang-barang tu, barang kecantikan dan kosmetik. Unless kau tu kopab atau darai. Memang patut isteri ditunggang.
Di hari Jumaat ini, aku mengingatkan komrad-komrad lelaki sejati semua supaya bertakwa kepada Allah dan jangan takut bini. Tunggang bini takpa. Tunggang dengan berhemah, ingat anda masih mampu berpoligami!
Ambil ibrah DSNR dan Ferdinand Marcos. Kisah Ummu Jamil isteri Abu Lahab dan betapa banyak legasi kepimpinan musnah kerana suami gagal mengawal nafsu bini yang mencampuri urusan kerjanya.
Isteri itu perlu dimuliakan. Ada tempat khas dan special. Dia di belakang menyokong dan mendoakan kita. Dia di sisi bila diperlukan. Dan dia sentiasa di hati untuk mendamaikan.Sayang bini bukan takut bini! Sayang bini bukan berkepit dengan bini sahaja! Kalau yang menakutkan, kau cerai jela. Cari bini yang elok sikit, sejuk mata memandang.
Sayang Nabi ikut cara Nabi, Nabi tak usung isteri-isterinya dalam urusan kerjanya dan ketika bersama para sahabat-sahabatnya. Unless kau nak ikut ajaran penghina Nabi. Diorang lain, Nabi dia hina, laki dia pun dia keji.
Agree to disagree. But I am always right..