TAZKIRAH MAGHRIB : AHLI QURAN DAN FIQH PILIHAN UMAR AL-KHATTAB RADHIYALLAHU ANHU IALAH SEORANG PEMBUNUH

T

Kadang-kadang bila terlihat kawan-kawan atau kenalan-kenalan yang meletakkan syarat untuk mengambil pekerja mesti orang yang nampak soleh dan solehah iaitu solat 5 waktu dan macam-macam lagi. Ia tampak bagus tetapi ada sisi yang tidak bagus kerana integriti dan amanah seseorang itu bukan diukur dari ibadah fardhu yang boleh diperlihatkan.

Aku pernah dikafirkan oleh pejuang Islam PAS hanya kerana aku tidak bersama mereka suatu ketika dahulu. Aku pernah difitnah oleh pejuang Islam yang kini menjadi ahli Amanah tegar. Aku pernah difitnah “boss” usrah Ikram dari UIA Kuantan di Adelaide. Aku juga pernah difitnah oleh naqib besar ISMA di Adelaide dari UUM. Aku boleh sebut nama mereka satu per satu jika aku mahu.

Mereka ini jika dilihat wataknya memang orang baik-baik. Nampak soleh. Solat 5 waktu cukup insyaAllah. Baca quran kuat. Solat berjemaah rajin. Rajin berhalaqah dan usrah. Bercakap sesama mereka juga berana-enta-enti. Tapi, sesiapa yang tidak bersama mereka, mereka akan cop “something”. Mereka suka kira ibadah orang lain. Bila mereka dikritik, mereka akan tanya, dah solat jemaah ke? Dah baca Quran ke?

Tahukah korang pembunuh ‘Ali ibn Abi Talib Radhiyallahu anhu ialah seorang ahli Quran dan Fiqh? Orangnya kuat ibadah. Ahli Quran yang disayangi oleh Khalifah Umar al-Khattab. Sehingga Umar pernah berpesan kepada gabenor Mesir, ‘Amr al-Ash Radhiyallahu anhu untuk dibesarkan rumahnya supaya masyarakat dapat belajar Quran dengannya.

Seorang huffaz yang belajar dengan Abdullah ibn Mas’ud Radhiyallahu anhuma, ahli zuhud dan ahli ibadah. Namanya Abdul Rahman Ibn Muljam yang lebih terkenal dengan nama Ibnu Muljam. Tanpa syak jika dia wujud hari ini, dia akan dihormati kerana wara’ dan ‘alimnya dia.

Ketika dia hendak dihukum kerana membunuh khalifah. Diceritakan lidahnya tidak henti-henti berzikir. Apabila tangannya hendak dipotong, dia berkata tangan ini tidak pernah melakukan maksiat selain dari bersedekah, potonglah. Apabila matanya hendak dicungkil, dia berkata mata ini yang tidak pernah melihat maksiat melainkan al-Quran, cungkillah. Tetapi, apabila lidahnya hendak dipotong, dia menangis dan berkata, jika lidah ini dipotong, bagaimana aku hendak berzikir kepada Allah?

Lihat, betapa soleh perwatakannya dan betapa tinggi pengharapannya mahu ke syurga Allah, walaupun dia telah melakukan jenayah yang paling besar dalam sejarah Islam. Dia tetap merasakan dia berada di pihak yang benar. Mungkin jika dia hidup di zaman ini, kita juga akan kagum dan bersama-sama dengannya barangkali.

Kerana itu, para ulama’ menyimpulkan Islam berdiri ini diantara 2 ekstrim. Bersifat pertengahan. Bukan ekstrim yang melampau sehingga menolak dan memperlekehkan ajaran Islam, tidak juga menjadi khawarij yang slogannya Quran tetapi isinya kesesatan. Mereka punya pemikiran atau ideologi syubhat yang bersifat melampaui batas.

Kata Allah Azza wa Jalla,

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا

“Wahai ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” [al-Maidah 5:77]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari `Abdullah bin Abbas Radhiyallahu anhu, dia berkata:

“Pada pagi hari di Jumratul Aqabah ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berada di atas kederaannya, beliau berkata kepadaku:

“Ambillah beberapa ketul batu untukku!”

Maka aku pun mengambil tujuh ketul batu untuk beliau yang akan digunakan melontar jumrah.

Kemudian beliau berkata:

أَمْثَالَ هَؤُلاَءِ فَارْمُوْا ثُمَّ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي
الدِّينِ فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

“Lemparlah dengan batu seperti ini!”

kemudian beliau melanjutkan:

“Wahai sekalian manusia, jauhilah sikap ghuluw (melampaui batas) dalam agama. Sesungguhnya perkara yang membinasakan umat sebelum kalian adalah sikap ghuluw mereka dalam agama.” [Tafsir Ibn Katsir]

Maka, berhati-hatilah dengan mereka yang jelas membenci Islam dan mereka yang ekstrim dalam beragama.

Wallahu’alam.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.