TB dan MASA

T

Kalau kita baca tentang bisnesman yang berjaya. Apakah pelaburan mereka yang paling besar?

Jawapannya :

MASA!

Gua tak berminat nak tulis pasal orang yang jauh dari gua macam Mark Zuckerberg, Elon Mask, Bill Gates, DrMaza atau Shahidan Kassim.

Gua nak tulis pasal sahabat gua dan tuan guru gua iaitu Zulhisham Ayob. Beliau juga tidak ketinggalan melaburkan sebahagian besar masa dalam hidupnya pada permulaan pendakian menjadi usahawan.

18 jam sehari beliau bekerja, 7 hari seminggu katanya. Sehingga anak beliau ketika itu terasa diabaikan. Hari ini beliau punya lebihan masa untuk melancong, kayuh basikal dan melihat anak-anak membesar.

Kata eldest karkun,

“Masa takkan ada kalau tak diluangkan..”

Ya, masa perlu diluangkan. Perasaan dan kudrat perlu dikorbankan. Kata orang tua-tua,

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..”

Ada orang tanya, apsal gua bising sangat pasal TB. Sebab TB telah buat gua rugi puluhan ribu Aud. Sebab TB telah banyak buang masa gua.

Salah 1 kebabian TB adalah tak sanggup luangkan masa dengan bini untuk masa depan yang baik. TB dan MASA berpisah tiada. TB memang tak boleh berniaga.

Kata sahabat gua,

“Kalau nak kerja 8-5, tak payah fikir nak berniagalah, makan gaji sudah..”

#tbisbabi

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.