Intro
Baru-baru ini SC Malaysia telah memasukkan Binance dalam senarai watchlist, begitu juga mereka telah meminta MCMC untuk block ip/domain Remitano. Sebelum ini Tradingview pun masuk!
Sebenarnya perbuatan SC ini membuktikan mereka tiada ilmu dan hanya mementingkan lobiyis mereka yang telah diberi lesen seperti Luno. Hal tersebut boleh diselesaikan dengan VPN sahaja!
Ya, mungkin Luno sudah lama di Malaysia. Lama tapi ada lagi lama sebenarnya. Sebagai pengasas Coin.my dan pemilik syarikat IT yang banyak membangunkan teknologi blockchain di negara ini, pengalaman dan pengetahuan aku pasti lebih daripada mereka segala pegawai di dalam SC Malaysia. Boleh anjurkan diskusi atau debat dengan mana-mana pegawai SC secara terbuka. Aku sedia menjadi panelnya.
Lama tak menjadikan ia terbaik. Pandangan aku, Luno bukanlah yang terbaik. Pengalaman aku selama ini dipanggil oleh pihak-pihak berkuasa pula menjadikan aku pasti yang kebanyakan mereka yang berada di tampuk kuasa kurang dan tiada ilmu tentang kripto. Atas sebab itu mereka membuat keputusan yang selalu tidak begitu cerdik.
—
Binance 4 Tahun Kemudian
Binance. Satu nama (jenama) yang sudah tidak asing lagi dalam dunia kripto. Sesiapa yang memiliki kripto, pernah bertransaksi atau berdagang menggunakan kripto sudah pasti pernah terdengar tentang Binance ini.
Dalam masa 4 tahun sahaja sejak ia ditubuhkan oleh Changpeng Zao (CZ), Binance telah berjaya menjadi salah satu platform perdagangan kripto terbesar di dunia, dengan jumlah perdagangan yang melebihi dua kali ganda perdagangan di NASDAQ sendiri. Menurut CoinMarketCap, jumlah perdagangan 24 jam Binance adalah dalam anggaran USD55 billion.
Huobi Global, platform kedua terbesar selepas Binance hanya mempunyai jumlah perdagangan dalam anggaran USD24 billion sahaja, tidak sampai separuh daripada jumlah Binance.
—
Apa yang membuatkan Binance ini begitu popular?
Sejak penubuhannya pada tahun 2017, Binance sudah terkenal dengan beberapa ciri-ciri. Antaranya ialah jumlah penyenaraian ICO yang mengagumkan, sikap yang profesional, CEO yang mesra dan fi perdagangan yang rendah.
Memandangkan matawang kripto baru sahaja meraih populariti di seluruh dunia, kebanyakan pendatang baru tertarik dengan apa yang ditawarkan Binance.
Semasa Binance dilancarkan, trend ICO sangat popular dan Binance juga telah mengambil peluang untuk mengumpul dana melalui ICO. Binance yang dilancarkan pada 14 Julai 2017 telah berjaya mengumpulkan USD15 juta dalam masa 2 minggu ketika ICO dijalankan.
Pelabur telah menerima Binance Coin (BNB) melalui ICO tersebut dan BNB ini boleh diguna pakai di platform Binance untuk didagang dan juga untuk membayar caj perkhidmatan di Binance.
Bayangkan, BNB yang dijual pada harga $0.10 semasa Binance dilancarkan kini sudah bernilai hampir $600!
—
Servis yang ditawarkan Binance
Tarikan utama Binance sudah tentu jumlah pasangan perdagangan (trading pairs) yang melebihi angka 900 jenis dan juga lebih 300 jenis matawang kripto yang ditawarkan.
Melalui platform perdagangan ini juga Binance menawarkan pelbagai jenis perdagangan seperti spot, margin dan futures. Selain daripada itu, pemilik akaun Binance juga berpeluang menyertai program Binance Finance, iaitu program pelaburan di mana pelabur boleh menyertai beberapa jenis perkhidmatan seperti Binance Earn, Binance Pool, Binance Visa Card, Crypto Loans dan Binance Liquidity Swap.
Melalui Binance Earn, pengguna Binance boleh melabur matawang kripto mereka dalam stake pools, pelancaran token baru, dan juga simpanan beserta bunga harian/tahunan. Binance Pool pula memberi pengguna akses kepada mining pool khas untuk melombong Bitcoin, Bitcoin Cash, Bitcoin SV dan Ethereum.
Binance Visa Card adalah seperti mana-mana kad kredit dan diterima oleh lebih daripada 60 juta peniaga di seluruh dunia. Pengguna berpeluang mendapatkan cashback sehingga 8% untuk pembelian tertentu. Namun begitu, Binance Visa Card ini hanya boleh didapati di negara-negara tertentu tidak termasuk Malaysia.
Binance Liquidity Swap adalah satu servis di mana pengguna yang mempunyai lebihan simpanan matawang kripto boleh menyumbang matawang kripto mereka kepada liquidity pool yang memerlukan dana dan mendapat insentif daripadanya.
Akhir sekali, Binance juga memudahkan pertukaran matawang kripto ke fiat melalui platform peer-to-peer yang dibina dalam platform itu sendiri. Binance umpama satu pusat servis matawang kripto di mana anda boleh mendapati pelbagai servis berkaitan matawang kripto dalam satu platform.
Melihat kepada servis-servis yang ditawarkan Binance, sudah tentu ia tidak mengejutkan apabila Binance berjaya mengalahkan platform pertukaran kripto yang lain dengan cepat.
—
Binance SAFU (Secure Asset Fund for Users)
Satu perkembangan menarik dalam dunia kripto adalah insurans. Memandangkan sudah beberapa kali berlaku kecurian dalam platform pertukaran melalui hacking, sudah tentu ramai pengguna kripto gusar dengan keselamatan simpanan kripto mereka. Dan oleh kerana dunia kripto tidak dikawal selia oleh mana-mana kerajaan di dunia, maka tiada jaminan khusus yang diberikan jika berlaku kehilangan atau kecurian.
Sebagai langkah keselamatan, ekoran daripada peristiwa hacking yang sudah beberapa kali berlaku ke atas Binance, satu dana kecemasan telah ditubuhkan. Pada 3 Julai 2018, Binance telah melancarkan dana SAFU (Secure Asset Fund for Users) ataupun dana aset selamat untuk pengguna.
Menurut pengumuman Binance:
“Untuk melindungi kepentingan masa depan kita bersama, Binance akan menubuhkan SAFU. Bermula daripada 14/07/2018, kami akan meletakkan 10% daripada fi perdagangan yang diterima Binance ke dalam SAFU untuk menawarkan perlindungan kepada pengguna kami dan dana mereka dalam keadaan yang ekstrim. Dana ini akan disimpan dalam cold wallet yang berasingan.”
—
Binance Insurance Fund
Selain itu, Binance juga menubuhkan dana insurans untuk tujuan perdagangan, khususnya dalam perdagangan futures. Ianya direka cipta untuk menggunakan kolateral daripada fi yang dibayar klien yang tidak bankrap untuk menampung kerugian apabila terdapat akaun klien yang jatuh bawah nilai 0.
Tujuan utama dana ini adalah untuk menghadkan kejadian liquidation (pembubaran) oleh salah satu pihak.
Jika seorang pengguna mengalami pembubaran (kolateral < margin) dan mempunyai kurang dari 0 USDT selepas semua aset dicairkan, pengguna itu telah jatuh bankrap, dan Binance akan mengambil alih mana-mana pegangan yang masih ada.
—
Kesimpulan
Dengan pelbagai jenis servis yang ditawarkan oleh Binance, ia tidaklah mengejutkan untuk melihat nama Binance di tangga teratas seranai platform pertukaran kripto di seluruh dunia. Dan memandangkan dunia kripto semakin terbuka ekoran daripada masalah ekonomi yang dialami banyak negara, masa depan Binance begitu cerah sekali. Jika Bitcoin dianggap sebagai penghulu segala matawang kripto, tidak mustahil Binance akan diangkat sebagai raja pertukaran kripto suatu masa nanti.
—
Keburukan meletakkan Binance dalam senarai watchlist!
Seperti yang aku ceritakan. Aku telah memberi khidmat nasihat kepada pihak berkuasa sejak lama dahulu lagi. Pastilah aku berkawan dan bercerita dengan mereka.
Aku difahamkan, dahulu Binance memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa untuk siasatan terhadap jenayah scam kripto. Tetapi, hari ini setelah SC Malaysia meletakkan Binance dalam senarai watchlist mereka langsung tidak melayan pihak berkuasa dari negara kita.
Binance is too big to be banned! Jika SC Malaysia kekal tidak cerdik, maka para scammer boleh berbahagia menggunakan Binance dan Remitano untuk berjual beli kripto mereka. Binance juga mempunyai feature peer-to-peer yang sama seperti Remitano.
Teknologi tidak boleh dihalang. Teknologi perlu di-adapt! Especially system atau platform yang sudah menjadi terlalu besar dan mainstream. Ban exchange sebesar Binance ibarat kau ban Nasdaq. Dia tak kisah pun, kita yang rugi. Scammer ada port dan lubuk yang tidak diganggu.
SC Malaysia, jangan jadi tak cerdik!
—
Siapa yang belum ada account Binance, boleh merasai sendiri. Click sini untuk buka account :
https://bit.ly/3uSOh9o
Siapa yang takda VPN, boleh pakai VPN ni. Click sini :
https://bit.ly/2P1Zu8o
——-
Sesiapa yang belum terlibat lagi dengan Bitcoin dan kripto. Jangan terlibat dulu! Hold! Ilmu dulu! Korang boleh beli buku ini. Baca dulu kasi faham. Ingat, today’s knowledge, tomorrow’s wealth!
Beli sini :
https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…
Taknak beli? Tak suka buku?Takpa. Kau hadamkan segala artikel dalam Coin.my ni di www.coin.my. Ianya percuma!