Tentang Syiah

T

Ayatolla Khomeini ialah “supreme leader” kaum Syiah Iran. Dia ada menulis dalam kitabnya at-Taharah tentang najis. Cumanya, ada sesuatu yang pelik.

Khomeini menyebutkan dalam Kitab at-Taharah, jilid 3, m/s 457.

“Adapun golongan Nawasib dan Khawarij. Tiada dalil tentang kenajisan mereka walaupun mereka akan diazab lebih teruk daripada orang kafir. Jika seorang pemimpin keluar menentang Amir al-Mukminin ‘alaihissalam bukan kerana sebab agama, bahkan bertujuan untuk merebut kekuasan atau tujuan lain SEPERTI AISYAH, AZ-ZUBAIR, TALHAH, MUAWIYAH, dan semisal mereka; atau jika seseorang melakukan permusuhan kepadanya atau salah seorang imam tanpa sebab agama, bahkan kerana memusuhi Quraisy, Bani Hasyim, atau Arab, atau kerana imam itu membunuh anaknya, atau ayahnya atau selain itu. Hal ini pada zahirnya tidaklah menjadikan mereka najis walaupun mereka LEBIH JIJIK DARIPADA ANJING DAN BABI!

Soalan gua, adakah ajaran yang mencela Aisyah, Az-Zubair, Talhah dan Muawiyah adalah ajaran yang mengajak kepada keamanan, kemakmuran dan kerukunan sedang para sahabat Nabi yang menjadi tunjang agama Islam dicela sebegitu rupa?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.