TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DAN PENYOKONG #JUSTICRFORBELLA!

T

Semalam, selepas gang #JusticeForBenon announce nak saman aku dan Kak Mona, ramai orang mesej aku nak tolong raise fund, minta no account and so on untuk lawan saman tu.

Wow! Nampak macam salah strategi je gang belah sana. Bukan buat orang takut, tetapi menjadikan orang lebih bersatu dan berani untuk melawan kebejatan dan kekejaman ditindas. Siap nak raise fund lagi tau. Ni kalau aku raise fund untuk buat business pun jadi juga ni.

Aku hanya reply mudah,
“Tak apa, rilex, doakan je. Saman tak masuk lagi.”

Aku pun tak faham mazhab mana entah announce di media dulu sebelum nak hantar surat atau saman. Rasanya macam biasa berlaku kepada artis-artis. Peguam manalah punya cara tu, kan?

Dia ingat dia boleh takutkan aku? Takutkan rakyat? Aku baca komen-komen di media yang mereka hantar kenyataan tu, nampak macam tak menyebelahi gang #JusticeForBenon. Barai mereka dikerjakan rakyat marhaen yang menjunjung kebenaran.

Korang kena tahu, sebelum ini Siti Bainun telah buat saman komital ke atas aku, tetapi dia kalah dan gagal. Aku juga telah disaman oleh gopren kesayangan aku, Minah dan peguam pujaan korang, Asiah. Itulah cubaan mereka nak mendiamkan aku.

Korang kena tahu, aku ni mungkin orang awam, rakyat marhaen yang paling banyak kena saman. Bukan sebab aku bersalah, tetapi kerana menyampai kebenaran. Apabila kebenaran itu tidak disukai, maka mereka menggunakan kekuatan kewangan dan menyalahgunakan proses mahkamah untuk memijak aku.

Alhmdulillah atas kurniaan rezeki daripada Allah, blood brother peguam Mahmd Jumaat, peguam-peguam dalam team #JusticeForBella, sahabat-sahabat, dan kawan-kawan yang sentiasa ada di belakang aku.

InsyaAllah, aku tak perlukan apa-apa bantuan kewangan. Biarlah aku sendiri hadap perjuangan yang aku sudah pilih dan tahu risikonya dari awal lagi. Hatta, aku pernah menyebut kalau begini harganya sebuah perjuangan untuk mendapatkan keadilan, aku akan bayar. Kalau perlu masuk ke penjara, pun aku dah bersedia.

Semalam aku dijemput ke majlis berbuka puasa Yayasan Setia Negara oleh dua sahabat aku Dr. Afif dan Datuk Haniff. Walaupun aku bukan ahli PPBM, bukan penyokong PN, dan tidak juga menyokong politik Dr. Afif, mereka semua tetap sahabat aku. Tetap juga mereka menjemput aku yang hina ini. Mereka diantara individu yang menyokong #JusticeForBella dari belakang.

Mereka juga memberi tawaran yang sama untuk raise-kan fund untuk aku. Sahabat lagi seorang yang datang dari Tanjung Malim, Fdaus Ahmad dan mahaguru NFT, Mat Rodi pun cakap benda yang sama. Kesemuanya aku tolak dengan baik. Biarlah aku hadap sendiri macam sebelum-sebelum ini. Mana ada perjuangan percuma? Mesti ada harga! Aku harap aku terus ikhlas. Korang doakan aku ikhlas dan tidak berubah niat.

Biarlah aku sendiri yang tanggung derita ini. Apalah sangat kena naik turun court, dibandingkan dengan derita yang adik Bella telah tanggung selama ini untuk membuka pintu tip of an iceberg. Korang semua, doakan je aku. Aku masih ada tulang empat kerat untuk berusaha. Paling tidak pun, aku boleh berhutang.

Aku kasitau Mat Rodi,
“Aku seganlah kutip-kutip derma ni, at the first place, aku yang pilih untuk terjun dalam perjuangan ini, bukan terpaksa atau kena paksa. Kau kenalkan aku dengan Tan Sri Nazir Razak jelah, mana tau aku boleh minta financing je..”

Tiba-tiba lepas tu, dia call,
“Malam ni kita jumpa Tan Sri di rumah dia.”

Masa jumpa, Tan Sri pun tertanya-tanya kenapa keras sangat kes adik Bella ni. Dia pun kehairanan.

Fuh, tapi macam mimpi, petik terus dapat jumpa. Rasa macam dapat lailatul qadr. Dapatlah aku makan semeja dengan adik dan anak mantan PM negara kita. Tapi, aku tak sempat pitching nak minta loan bayar peguam. Maka, terlepaslah peluang tersebut. Takpa, mungkin sebab aku segan. InsyaAllah, bas banyak lagi. Pagi ini, peguam TMJ pula contact aku. Apa pihak mereka nak? Rilex, nanti aku cerita. Mungkin TMJ nak teman aku masuk bicara kot nanti?

Apa pun, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada korang semua yang concern tentang aku. Jangan risau, cukuplah kalian semua doakan aku. Apa lagi sokongan terbesar selain daripada doa kalian di bulan yang mulia ini di malam 10 terakhir ramadhan. Kalau aku tersungkur atau tiada nanti, aku percaya akan ada yang bangun sahut dan sambut panji perjuangan kebenaran ini.

Betul tak?
Doakan aku ya! Adik Bella, doakan abang ya! Aku doakan kalian semua terus kekal istiqamah dan berani menegakkan kebenaran, di mana jua anda berada!

ps : Mini love buat gopren yang berada di seberang sana! Cuba teka kenapa Dr. Afif angkat RM50 tu?

😉

#JusticeForBella
#PecatSyedAzmi

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.