TIADA PERKATAAN JAKUN DALAM KAMUS ORANG PERLIS DAN ORANG UTARA!

T

Di belah utara, tiada suku Jakun. Jadi orang Perlis atau orang utara yang menggunakan kata ganti jakun itu hanyalah terikut-ikut sahaja orang negeri lain.

Perkataan Jakun sebenarnya datang daripada kaum Jakun. Dimaknakan jakun dengan maksud mundur, kolot, terkebalakang, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud.

Semua itu asasnya kerana orang Jakun kan orang pedalaman, orang asal, orang asli, so, itu sebab sifat kehairanan, keterujaan dan kolot itu disamakan dengan kaum Jakun. Suatu ketika dulu sebelum mereka menerima kemajuan, sudah menjadi kebiasaan orang di bandar menggunakan kata ganti itu.

Tetapi kenapa nak teruskan kebiasaan yang salah?

Dah sebut banyak kali, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Kenapa masih nak memberi justifikasi? Ya, aku faham tiada niat. Tapi nama Jakun itu milik sesuatu kaum. Orang tu dah kata tak suka, kenapa nak pakai lagi?

Kita orang Malaysia, orang Melayu kaya dengan bahasa, dah kenapa nak gunakan nama kaum/bangsa/puak lain untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tidak baik. Kan?

Rita Rudaini dan mereka yang komen seperti di bawah tidak mewakili orang Perlis dan orang utara. Orang Perlis atau orang utara akan cakap,

“Yang hang awat duk ‘perghak’ bukan main sangat tu? Tak pernah tengok artis sendu ka?”

Sekian. Ini penjelasan aku.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.