TPC BURGER – BURGER TERSEDAP DI DUNIA!

T

Kalau aku ke Shah Alam, aku mesti singgah ke kedai burger ini untuk menikmati burger tersedap di dunia.

Burger ini di-design rasa dan resepinya oleh seorang peminat dan pemakan burger tegar. Dia mulakan secara suka-suka di rumah ketika PKP yang pertama untuk kawan-kawan saja.

Tetapi selepas dipuji sedap dia bermula dengan buka gerai dan akhirnya dia buka kedai. Apa yang special tentang burger di TPC ini adalah patty dan sosnya. Semuanya dibuat sendiri. Hand made and soul made.

Tau tak asal usul TPC itu apa? Tak Pernah Cukup! Itulah yang kawan-kawan dia cakap,
“Aku makan burger kau Tak Pernah Cukup!”

Maka jadilah TPC. Tapi sebab nak branding poyo omputih, dia tukar ke The Permanent Choice. Korang kena tau. Owner dia ni dulu akauntan Petronas yang ada ACCA. Kerana cintakan burger dia sanggup buat burger. Nama dia Amran Husni.

Isu mamat ni satu je. Takut bini. Kalau kau call, memang payah nak angkat. Tapi takpalah, asalkan burger TPC sedap.

Siapa yang belum try, korang kena try!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.