TUMPANG TANYA – MEMANG HAKIM SYARIAH BOLEH BUAT PART TIME JADI PENASIHAT SYARIAH KE?

T

Aku cuba mencari Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, mana tau dia pun ada buat part time sebagai penasihat undang-undang ke board of advisory ke. Tapi tak jumpa.

Aku cuba cari Hakim Maybank yang kontroversi, Nazlan Ghazali, mana tau dia ada buat part time jadi penasihat undang-undang atau ahli lembaga penasihat. Setakat ni tak jumpa. Maybank pun dah resign.

So, aku nak tanyalah kawan-kawan dalam industri mahkamah syariah, memang hakim mahkamah syariah boleh buat part time jadi penasihat syariah ke? Semalam aku juma as-Salihin, hari ni ada orang tunjuk MNRB.

Tak jadi conflict of interest ke? Contoh, boss MNRB nak nikah lagi, dokumen tak cukup, hakim boleh tolong ke? Macam as-Salihin buat pusaka, diorang boleh percepatkan sebab ketua hakim ada dalam board as-Salihin.

Ni ana tanya je tau. Jangan melantun pula para lebai-lebai. Yelah, kawan-kawan aku orang gomen kalau nak meniaga, tak boleh meniaga yang ada conflict of interest. Itu pun tak boleh langgar waktu kerja.

Board-board ni biasa meeting malam ke?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.