“Rakyat Malaysia yang bagus adalah mereka yang pulang ke tanah air selepas melanjutkan pengajian ke luar negara.” – Tun M.
Dulu, masa aku belajar di Australia, dengan lantang aku menggelar mereka yang terus tinggal di sana sebagai pengkhianat negara. Pandangan aku kekal hingga hari ini. Gelaran ini khas untuk mereka yang ke sana di bawah skim wang rakyat.
Ramai yang panas dengan gelaran aku itu. Tapi, apa aku kisah. Pengkhianat negara itu aku tujukan kepada mereka yang dihantar belajar dengan wang rakyat tetapi terus kekal tinggal di sana. Mereka dihantar ke sana untuk tunaikan amanah mereka di Malaysia, jika ingkar, ia perbuatan khianat!
Mereka berkhidmat untuk orang sana dan membayar tax di sana. Walhal matlamat asalnya adalah untuk mereka ini pulang ke Malaysia dan berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Biasanya pengkhianat ini, dari kaum yang menggantung stateskop. Yang buat Phd, tak ramailah. Bidang lain pun boleh kira lah.
Yang menariknya, spisis pengkhianat ini suka bercakap politik. Kononnya pulang ke Malaysia tak baguslah, itulah, inilah. Ketika itu zaman BN. Aku ingat lepas BN tumbang, mereka beramai-ramailah pulang. Tetapi tidak pun. Sampai Tun buat seruan suruh pulang pun mereka buat pekak je.
Ketika aku bekerja di UK, pun ramai kawan-kawan doktor di sana nak kekal tinggal di sana dengan alasan yang sama. Pun aku panggil mereka pengkhianat negara, macam biasa, ramai tak setuju, bengang dengan aku.
Kononnya ada yang nak buat kepakaranlah, kalau di Australia, majoriti jadi GP je. Dah habis GP pun tak balik. Di UK pula, trend dia ramai yang separuh jalan je buat kepakaran, lepas dah dapat PR, buat locum je. Hobi mereka ni beli rumah kat sana.
Ada yang kata dia bayar balik takpa. Aku jawab mudah. Mungkin benar secara legal, tapi mungkar secara asasnya. Tujuan mereka dihantar adalah untuk berbakti di tanah air. Jika dulu masa hantar mereka mungkon kos hanya RM500k, kini sudah mencecah RM1.2m. Bukan mereka bayar balik dengan value semasa kan?
No doubt, kerja di sana sebagai doktor memang masyuk. Duit banyak. Tapi para pengkhianat semua itu kena ingat, dengan duit rakyatlah mereka dihantar, tanpa duit rakyat itu, mereka tak mampu pun ke sana.
Jadi, pulang ke Malaysia adalah payback kepada rakyat Malaysia. Najib dah kalah, BN dah kalah, sepatutnya yang tinggal di sana ni, puak-puak UMNO/BN lah. Ayuh pulang, berjuang di sini, cipta peluang pekerjaan atau perniagaan kalau kau malas kerja untuk kerajaan. Eh, kerajaan sekarang kan PH. Lol!
Cakap dalam Facebook tak membantu ekonomi negara dan rakyat Malaysia! Sekadar cakap dan tulis, Najib Razak pun cakap dan tulis! Bila kau tinggal dan berkhidmat di Malaysia baru kau faham denyut nadi rakyat.
Tinggal di Australia dan UK, kau apa tahu!