ULANG HUJAH – LARANGAN ISTERI MEMBUKA HANDPHONE DAN MEMBACA ISI DI DALAMNYA.

U

(larangan ini adalah bersifat vice versa bagi pihak laki juga.)

Handphone moden telah menyediakan kawalan password untuk menjadikannya item privacy. Handphone hari ini jauh lebih privacy kerana menyimpan banyak data-data yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Dalam handphone moden sekarang, ada email, ada google drive, git dan macam-macam lagi.

Aku suka buat contoh macam ni. Kalau aku nak bercerita dengan blood brother aku, Mahmud Jumaat, aku nak dia yang tahu. Aku taknak isteri-isteri dia tahu. Sebab itu bila aku mesej, aku mesej dia. Aku tak buat group dengan bini-bini dia dan hantar mesej. Bila aku jumpa nak sembang, aku jumpa dia seorang, bukan jumpa dia dan bini-bini dia kemudian aku sembang. Begitu juga bila aku email dia, aku nak dia baca, bukan isteri-isteri dia. Tak lupa juga bila aku call, aku call dia saja, bukan buat group call dengan bini-bini dia. Maksud di sini, aku nak dia je tahu. Bukan bini-bini dia.

Tapi, apabila lelaki-lelaki daiyus TB is Takut Bini ini membenarkan isteri-isteri mereka membuka handphone mereka. Maka, privacy yang aku harapkan telah diganggu gugat. Kebarangkalian privacy aku di-breach adalah tinggi. Mungkin, ada yang kata bini-bini aku ok, takkan berani buka. Apa jaminan? Kau letaj ta’liq kalau buka jatuh talaq 3?

“Bro, bini-bini kau tu manusia biasa, kau bagi kunci dia boleh buka, dia akan buka. Bini-bini Nabi pun ramai yang buat hal. Bini Nabi Nuh, bini Nabi Luth. Kau tu siapa? Bini-bini kau lagi lah siapa. Ibarat rumah kau biarkan pintu terbuka, kalau orang masuk pun bukan kau tau. Barang hilang, mungkin kau tak perasan.”

Kalau kau memang izinkan bini-bini kau buka handphone kau, kau kena kasitau kawan-kawan siap-siap supaya mereka boleh add sekali bini-bini kau dalam group. Kita communicate dalam group je. Biar dia ada dalam group. Boleh macam tu? Kau pula segan. Tapi apa beza lepas tu bini kau boleh baca?

Dulu aku ada seorang kawan baik, kawan Abu Aisy juga. Memang dia duk bagi bini dia buka handphone dia. Lepas tu bini dia hari-hari meroyan. Up status dekat FB, dekat IG, buat story, kutuk-kutuk kawan-kawan laki dia. Laki dia pun lama-lama jadi makin bingai macam kena nasi kangkang. Bini dia lama-lama disahkan sakit mental. Aku jadi bengang bila tau. Siapa yang reply selama aku mesej dia ni. Mungkin bini dia yang gila tu yang reply. Sekarang ni, dia duduk bawah ketiak bini je. Tak boleh keluar rumah.

Aku pernah ada business partner dengan Nik Izwan Kamel dulu. Orangnya di luar nampak steady, baik hati. Tapi bila balik rumah, bini dia baca segala conversation kita, apa keputusan yang kita setuju bersama, boleh bertukar sekelip mata. Ada lagi sorang pun sama, badan sasa, bekas gangsta. Dek sebab semua benda bini dia boleh akses, aku yang selama ni tolong dia pun, dia khianat disebabkan bini dia yang gila walaupun kita sama-sama dah decide arah kita nak move dalam business kami. Business kami yang berharga hanpir RM1 juta terkubur begitu sahaja.

Korang kena ingat, sebenarnya privacy korang selama ini dah kena breach dengan kawan-kawan korang yang TB ni. Korang ingat tak kes bini pegawai tinggi SPRM yang dedahkan screenshot suami dia dengan pegawai lain beberapa tahun lalu. Nampak tak risiko yang korang akan dapat. Contohlah kalau kau ada deal tepi, bini kau terbaca dia simpan. Nanti bila kau bercerai dengan dia, dia dedahkan, report dekat SPRM. Habis!

Ada seorang kawan Haniff Borhan pula, nama dia rahsia lah. Bini dia baca group laki dia, habis dia pergi ngadu dekat bini kawan-kawan laki dia yang diorang tu pergi party, ada scandal. Dah bergaduh laki bini orang lain sebab bini dia. Pada aku, salah laki dia lah TB kasi bini buka handphone dia, baca semua isi dalam tu.

Itu sebab aku particular sikit dengan pemilihan kawan-kawan ni. Kawan-kawan TB ni kau jangan deal pakai handphone. Elok kau panggil jumpa. Risiko info leak itu dapat dikurangkan. Kau mungkin percaya bini kau, aku tak percaya bini kau. Aku taktau bini kau atas katil macam mana, yang tau, kau. So, aku tak percaya bini kau.

Isu utama adalah kau sendiri bagi password. Kau sendiri biarkan bini kau tahu dan ada akses. Tak perlulah aku masuk bab hukum tajassus. Ini bab privacy kawan-kawan yang kita sebagai kawan patut hormati.

Tak setuju? Mamposlah kau!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.