Siapa yang rajin mendengar perbahasan ilmu hadith pasti tahu yang ilmu ini sangat menarik. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji teks dan konteks, riwayat dan dirayah, integriti dan kualiti. Sebab itu aku suka panggil ulum hadith dengan science of hadith.
Ilmu ini sangat penting kerana ia boleh menentukan sesuatu hukum dalam agama Islam. Sebab itu para ulama’ hadith dipanggil sebagai penjaga wahyu di bumi.
“Malaikat menjaga wahyu di langit, ahli hadith menjaga wahyu di bumi.”
Dalam banyak-banyak cabang ilmu agama ni, hadith memang interesting gila. Dari mustalah hadith, riwayah, ilmu rijal dan ‘ilal, sabab dan wurud hadith, dirayah dan maqasid. Semuanya sudah disusun dan diatur secara saintifik, statistik dan logik dari mata aku sebagai orang sains.
Ditambah pula dengan sejarah dan kisah kehebatan para perawi hadith yang sangat luar biasa. Bahkan ilmu sanad itu aku lihat sebagai blockchain teknology zaman itu.
Hebat!
Tapi kalau mat rempit nak sembang pasal hadith dengan aku, sedang diri sendiri tunggang agama dengan menjual waqaf itik serati. Tak perlu kot aku layan. Tanya dia apa hukum tadlis dalam agreement dulu lah..
ps : Di bawah ini adalah contoh hadith palsu. Hadith palsu makin banyak kerana orang zaman moden pun masih mencipta hadith palsu. Sebab itu displin hadith itu jelas. Mesti letak citation dan status hadith..