UMAR BIN ABDUL AZIZ – KHALIFAH YANG MEWARISI WARA’NYA UMAR AL-KHATTAB!

U

Intro

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

‎إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui (mujaddid/reformis) agama ini (daripada segala penyimpangan).”

Imam Ahmad pernah berkata, aku melihat 100 tahun awal selepas era Nabi dan para sahabat, aku tidak nampak orang lain selain Umar bin Abdul Aziz ialah mujaddid kurun pertama dan kurun kedua ialah gurunya Imam as-Syafie.

Begitulah hebatnya khalifah yang hanya memerintah 2 tahun 5 bulan sahaja. Tetapi impak yang diberikan mengubah sosial, ekonomi dan politik dunia Islam hantta kemanusiaan sejagat.

Keadilan pentadbirannya bukan disebut di dalam sejarah Islam, bahkan dunia barat juga mengkaji kehebatan Umar bin Abdul Aziz yang berjaya melakukan reform dalam masa kurang 3 tahun. Tak cukup 1 penggal pilihan raya pun. Kan?

Siapa Umar bin Abdul Aziz ini?

Korang masih ingat kisah Umar al-Khattab terdengar perbualan seorang anak perempuan dengan ibunya yang hendak mencampurkan air dengan susu?

Anak perempuan itu melarang ibunya kerana ia perbuatan yang salah, lantas ibunya menjawab yang Umar tak nampak dan dia tak tahu. Anak perempuan itu menjawab,

“Benar ibuku, Umar tidak nampak, tetapi tuhan Umar melihat..”

Umar yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan keturunan yang baik terus pulang mendapatkan anak-anak lelakinya, dan Asim sedia dinikahkan dengan anak perempuan itu.

Daripada pernikahan tersebut, lahirlah Laila Ummu Asim yang setelah itu bernikah dengan Abdul Aziz bin Marwan, ayah kepada Umar bin Abdul Aziz yang setelah itu menjadi gabenor Mesir manakala isteri Umar Abdul Aziz pula ialah Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan, anak sang khalifah.

Jika dilihat dari susur galur keluarganya, Umar Abdul Aziz ialah cucu kepada khalifah Marwan dan menantu kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dan yang paling utama adalah Umar bin Abdul Aziz ialah cicit kepada Khalifah Umar al-Khattab RA, khalifah ke-2 umat Islam. Atas sebab itu Umar bin Abdul Aziz juga digelar Umar Tsani atau Umar ke-2.

Ditulis dalam tinta sejarah yang Umar Abdul Aziz ini hanya memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Tetapi keadilannya luar biasa. Pada tahun ke-2 pemerintahannya sudah tiada rakyat di bawah kekuasaan dan jajahannya yang layak menerima zakat. Jajahan dan kekuasaannya jauh lagi besar daripada kerajaan Malaysia. Ia meliputi hampir 2/3 tamadun besar manusia ketika itu.

Umar Abdul Aziz tidak mengutip cukai tambahan seperti LHDN, bahkan Umar Abdul Aziz memulangkan kutipan zakat dan kutipan lain dalam bentuk ‘athaya (saguhati) kepada rakyat kerana lebihan kutipan setelah ditolak dengan segala kos pentadbiran kerajaannya.

Mari kita kenal susuk tubuh Umar bin Abdul Aziz rahimahullah. Ada satu kejadian yang dipanggil peristiwa Samra, Samra adalah sebuah kawasan yang dekat dengan Rusia. Suatu hari ekspedisi pembukaan dan pembebasan kota Samra yang diketuai oleh panglima perang, Qutaibah bin Muslim telah berijtihad untuk terus menyerang dan menawan Samra tanpa diperkenalkan Islam dan ditawarkan jizyah. Kisah ini sangat popular, ditulis oleh para sejarawan termasuk dari barat.

Maka eldest-eldest Samra telah menghantar seorang pemuda yang boleh berbahasa Arab untuk berjumpa dengan khalifah kerana mereka dengar Islam sepatutnya menawarkan Islam dan jizyah, baru diserang. Maka pemuda itu telah mengambil masa lebih kurang 1 bulan perjalanan ke Syams (Damascus) untuk bertemu khalifah.

Di sana dia telah ke masjid dan didakwahi, maka pemuda itu telah menerima Islam. Kemudian dia memberitahu orang yang mendakwahinya itu, dia mahu bertemu dengan khalifah. Kata orang itu,

“Pergilah ke sana, bertemunya, keadilannya luar biasa, kamu akan mendapat keadilan daripadanya.”

Setibanya di sana, rumah khalifah. Dia ternampak seorang tua yang sedang menampal rumahnya dengan tanah liat. Ya, rumah Umar bin Abdul Aziz hanya rumah biasa, bukan istana. Di sana dia melihat seorang ibu memanggil orang tua yang dilihat itu sebagai khalifah. Maka terkejutlah pemuda itu. Dia membayangkan orang tua itu ialah pekerja kepada khalifah.

Ibu itu datang untuk memohon maaf kerana anaknya telah membaling batu kepada anak khalifah sehingga berdarah kepalanya. Maka Umar Abdul Aziz bertanya kepada anaknya tentang hal ini. Maka anaknya berkata kami bermain sama-sama tetapi aku yang terluka. Aku yang bersalah.

Maka khalifah memberitahu ibu itu tak perlu risau. Anaknya tidak bersalah kerana anak khalifah pun sudah mengaku dia bersalah. Khalifah bertanya kepada ibu tersebut adakah anaknya sudah menerima ‘athaya? Ibu itu menjawab belum. Maka khalifah mengarahkannya terus ke baitumal dan mohon kerana terdapat lebihan wang negara.

Isteri khalifah bertanya,
“anak kita yang terluka tetapi anak kita yang disalahkan, bahkan diberi anak yang melukakan anak kita ‘athaya.”

Khalifah menjawab tenang,
“Anak kita sudah mengaku salah, maka tidak perlu lagi saksi dan perkara ini telah selesai. Inilah ajaran Islam.”

Hari ini, kalau kau tercuit anak menteri? Apa akan jadi? Anak PM? Anak IGP? Anak KP LHDN? Anak KP SPRM? Anak raja? Anak sultan?

Melihat keadilan khalifah yang zuhud itu, pemuda tadi datang dan bertemu Umar Abdul Aziz. Diceritakan tentang serangan Qutaibah bin Muslim ke atas Samra tanpa mengiku SOP Islam yang sebenar.

Maka khalifah memberitahu pemudu itu untuk berjumpa qadi yang dilantik di Samra dan bawakan suratnya. Surat khalifah ringkas.

“Daripada amirul mukminin, khalifah Umar bin Abdul Aziz, aku menerima laporan pemuda ini tentang peristiwa di Samra. Sila jalankan pengadilan sebagaimana syariat Islam.”

Dicop dan diberikan kepada pemuda itu.

Setibanya pemuda itu di Samra yang sudah dikuasai orang Islam, dia mencari qadi di mahkamah Islam Samra. Maka dia terjumpa seorang tua dan berbadan kecil. Setelah membaca surat daripada khalifah, maka dia memanggil seluruh ketua-ketua masyarakat dan penduduk Samra. Juga panglima perang, Qutaibah bin Muslim dipanggil. Maka ketakutanlah penduduk Samra melihat panglima perang telah hadir.

Dengan tegas qadi Samra bertanya kepada Qutaibah, adakah benar apa yang dikatakan oleh penduduk Samra yang kamu tidak menawarkan Islam dan jizyah tetapi terus menawan mereka. Qutaibah menjawab, ya benar. Qadi bertanya, apa justifikasi kamu. Qutaibah menjawab,

“Samra ini kawasan yang strategik. Jika kita memiliki wilayah ini, maka wilayah lain pun senang dibuka.”

Ya, hal itu benar. Selepas Samra ditawan, wilayah-wilayah berhampiran semuanya tunduk kepada kerajaan Islam.

Maka, qadi tua tadi telah membuat keputusan untuk seluruh umat Islam keluar dari Samra, tawarkan Islam dulu, kemudian jizyah barulah boleh ditawan. Maka keluarlah orang Islam beramai-ramai.

Pemuda tadi memberitahu kepada masyarakatnya tentang apa yang dia lihat dan jumpa di Syams dan memberitahu betapa adilnya Islam sehingga mereka keluar semuanya walaupun mereka sudah berkuasa di sini. Maka keseluruhan penduduk Samra pun menerima Islam.

Itu kisah peristiwa Samra. Aku nak cerita pula siapa Umar Abdul Aziz sebelum menjadi khalifah. Umar Abdul Aziz ini kan anak gabenor, segala kemewahan dan keunggulan dunia telah ada pada dirinya. Dia punya impian menjadi gabenor, dia berjaya menjadi gabenor Madinah. Dia mahu berkahwin dengan anak khalifah, dia dapat menikahi Fatimah bin Abdul Malik, anak khalifah ketika itu. Dia pernah bercita-cita menjadi khalifah dan akhirnya dia menjadi khalifah.

Maka ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, dia memberitahu isterinya,

“Tahukan kamu dari mana datangnya segala harta-harta dan kemewahan yang kamu terima daripada ayah kamu? Jika kamu tidak pasti, pulangkan ia kepada baitulmal, jika kamu tidak mahu, setakat ini sahaja hubungan kita. Kerana setelah aku berjaya menjadi khalifah, aku bercita-cita hendak masuk ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Aku tidak mahu apa-apa yang menghalangi aku untuk ke sana.”

Zaman pemerintahannya walaupun sekejap, ia disebut sebagai zaman keemasan Islam. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga disebut sebagai khalifah ar-rasyidin yang ke-5. Raja Parsi dan Rom juga memanggil Umar Abdul Aziz sebagai raja yang soleh dan membayar jizyah kepada pemerintahannya.

Zaman Umar bin Abdul Aziz, rakyat jadi kaya raya, khalifah jadi miskin. Rumah rakyat makin besar, rumah khalifah makin dhaif. Rakyat jelata hidupnya gembira, pegawai kerajaan makin tawadhuk. Umar Abdul Aziz bukanlah Nabi, tetapi dia mengikut jalan Nabi. Dia berjaya sebab dia ikut Nabi.

Hari ini, rakyat marhaen dikerah menjadi zuhud, minimalis, berjimat cermat. Tetapi raja dan pemimpin kerajaan bermewah-mewahan. Jabatan dan agensi kerajaan membazir dan bersuka-suka dengan memeras rakyat. Pegawai-pegawai penguasa menindas rakyat dengan senyum tawa tanpa rasa simpati dan empati.

Rakyat marhaen bersedia untuk bersusah dan bersenang sekali demi negara. Tetapi adilkah jika rakyat disuruh makan nasi, menteri makan wagyu. Rakyat disuruh pakai Axia, pengarah jabatan kerajaan pakai Vellfire.

Adilkah?

Jangan candukan rakyat marhaen dengan kisah kezuhudan aimmatul salaf. Kami rakyat marhaen mencintai mereka jauh melebihi para penguasa, pemimpin dan pengurus negara ini. Jika mahu mengikut mereka, rakyat harus kaya dulu. Ini, korang pula yang kaya dulu.

Ingat, agama bukan candu kepada rakyat!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.