WALAUPUN AKU MEMANDU AXIA KOMPANG..

W

Aku pakai Axia Kompang kerana ia pilihan aku. Aku tak paksa dan tak suruh orang lain ikut aku pakai Axia Kompang. Kalau nak join, welcome to the club.

Aku tak pakai kasut. Itu pilihan aku. Aku suka pakai selipar. Aku tak suruh orang lain ikut aku pakai selipar. Kalau nak join, kita boleh sama-sama main baling selipar.

Aku tak beli rumah. Aku hanya menyewa. Tapi aku tak pernah kecam orang lain yang beli rumah dalam kemampuan mereka sebagai membazir. Itu pilihan mereka, nak beli atau sewa.

Yang menjadi masalah adalah apabila hasil usaha rakyat dirompak atas nama untuk pembangunan negara tetapi para penguasa dalam kerajaan sahaja yang senang, rakyat makin miskin.

Kemudian rakyat disuruh berjimat cermat, berminimalis. Dibeli lebih dikatakan membazir dan nak bermewah-mewahan. Candu agama didigunakan. Nama sahabat Nabi yang zuhud dan imam yang zuhud ditunggang.

Walhal Islam meraikan kesemua jenis manusia. Islam tak larang umatnya memiliki barangan mahal, menjadi kaya. Yang pasti Islam mengecam keras pemimpin-pemimpin yang menipu rakyat dan mereka yang bersama dengan pemimpin mereka.

Daripada Abu Said dan Abu Hurairah RA, mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pasti akan datang ke atas kamu (satu zaman dimana) pemimpin-pemimpin mendekati manusia yang jahat, mereka melengah-lengahkan solat (sehingga) di akhir waktunya. Sekiranya kamu mendapati yang demikian itu dikalangan kamu, maka janganlah kamu menjadi: pembantunya, pegawai keselamatannya, pemungut cukai (buatnya) dan yang menjaga khazanah (mereka).
(Sahih Ibn Hibban, no: 4586 – dinilai Sahih oleh al-Albani)

Hal ini ditegaskan di dalam Quran di dalam kisah Firaun dan Hamman yang mana Allah mengecam Firaun, Hamman dan tentera-tentera mereka.

“Sesungguhnya Firaun dan Haman serta tentera mereka berdua adalah golongan yang bersalah.”
(al-Qasas:8)

Maka berhati-hatilah buat mereka yang menjadi pengekor syaitan. Alasan kami hanya bekerja, kami menjalankan tugas, kami hanya menjalankan amanah, mungkin tidak akan diterima Allah sebagaimana yang berlaku kepada tentera-tentera Firaun dan Hamman.

Yang patut disuruh minimalis, tidak bermewahan, dan berjimat cermat adalah pihak dan agensi kerajaan kerana mereka hidup dan wujud dengan duit pemerasan terhadap rakyat. Mereka yang sepatutnya mengamalkan budaya berjimat cermat.

Mereka kena faham, kerja mereka memudaratkan rakyat. Maka kurangkanlah mudarat terhadap rakyat. Jangan nanti bangkit dengan Firaun dan Hamman sudah.

Pelik aku ada pemikiran rakyat yang menyuruh rakyat mendowngrade hidup, bukan penguasa dan pemimpin yang downgrade. Jabatan dan agensi kerajaan dibiarkan bermewah-mewahan di hotel 5 bintang tatkala rakyat marhaen dihimpit musibah.

Axia Kompang nak downgrade apa pula? Naik moto? Bawa anak bini naik moto. Celakalah mereka yang berpemikiran sebegitu!

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1469524526782376

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.