WALL STREET 1881 AKHIRNYA SUDAH DIGANTUNG!

W

Baru aku tahu kenapa art ada value. Bukan sahaja seni pada tangan pelukis, hasil kerja dan nilai seni yang dia bawa. Masa melukis, research, detailing dan perspektif yang betul juga di nilai.

Ohya, masa juga dikira. Untuk lukisan ini. Pelukis telah mengambil masa selama 60 jam. Ingat habis lukis setel dah. Rupanya framing pun ada isu. Ada pakar yang akan buat frame untuk preserve lukisan.

Tak boleh buka dah lepas tu. Nak gantung pun ada specialist gantung juga. Pergh, aku baru faham apa itu nilai sebenar sesebuah lukisan. Tahniah Ariff Amin kerana berjaya menghasilkan kerja tangan yang super gempak.

Si Arep ni siap boleh cerita setiap tiang di Wall Street tahun 1881 tu ada art dia sendiri dan maksud dia tersendiri. Betapa deep dia study. Jenis kuda, breed apa, jantan betina pun dia tau. Cuma awek dalam tu punya muka sebenar je dia taktau.

Akhirnya dah tergantung lukisan size A0 ni. Siapa nak mai tengok, datanglah ziarah teratak uzur dan marhaen kami mencari rezeki sesuap nasi tanpa menipu guna title dato, buat scam dan kutip sedekah macam certain orang tu.

Ohya, ada yang nak suruh si Arep tu lukis, pergilah contact dia. Dengar cerita kena masuk Q nak ambil servis dia. La ni, dia specialize in architechture drawing, pen drawing and doodle.

Nak tengok hasil gambar penuh, tengok di komen..

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1505773163220498

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.