11 PERKARA TENTANG EBIT LEW YANG PATUT KITA SEMUA TAHU..

1

1. Mengaku muallaf.
Dalam beberapa siri rakaman dan ceramah, Ebit pernah mengaku dia hanyalah seorang muallaf. Walhal, ayahnya yang muallaf yang telah berkahwin dengan orang Indonesia. Dia muslim sejak lahir.

2. Mengaku ustaz.
Ebit Lew bukan seorang ustaz. Dia bukan pelajar dalam jurusan agama. STAM pun dia takda. Bukan juga santri daripasa pesantren. Dia hanyalah seorang karkun yang telah langgar tertib.

3. Menunjuk kaya.
Dari mana dia mendapatkan kekayaannya Ebit Lew kerap tunjuk kaya untuk cuba justify dia kaya. Tapi, menurut segala data rasmi, Elewmart yang banyak tutup, Paramount Coffee yang takda orang, masih gagal memuaskan hati aku untuk mempercayai apa yang dia tunjukkan.

4. NGO
Sehingga hari ini, Ebit Lew masih tidak membentangkan laporan kewangan NGO dia. Duit masuk, duit keluar, spend dekat mana, semuanya kita tidak tahu. Tetapi, duit dikutip daripada dana awam.

5. Telah dituduh di mahkamah atas kes jenayah seksual.
Kalau takda angin, masakan pokok bergoyang. Selain terdapat video yang pernah tersebar. Yang mana tiada siapa pun tahu toilet rumah dia macam mana dan agak mustahil video yang dikatakan begitu dinamik itu direka cipta. Maka, Ebit dituduh di mahkamah atas tuduhan jenayah seksual sangatlah munasabah.

6. Menunggang orang fakir/miskin/susah.
Prinsip aku mudah. Orang fakir, orang miskin atau orang susah bukanlah subjek marketing. Mereka ada maruah dan harga diri. Dengan apa-apa pun alasan, aku tetap tidak setuju. Mereka desperate, mungkin mereka terpaksa. Mereka mahu bantuan sahaja.

7. Memutar fakta.
Ketika berkrisis dengan Caprice, Ebit menceritakan yang Caprice ada menepis tangan dia. Tetapi dibuktikan di dalam video yang dirakam, perkara itu tidak berlaku. Bukti ke atas dakwaan! Sehingga hari ini, Ebit masih gagal membuktikan dakwaannya.

8. Krisis dengan Nadhir Cinta Gaza
Ketika berkrisis dengan Nadhir, Ebit mencabar Nadhir membentangkan laporan kewangan NGO Nadhir. Nadhir telah sahut cabarannya (walaupun aku tidak berapa percaya), Ebit pula masih tidak pula berani melakukan perkara yang sama sehingga hari ini.

9. Lokanan yang tidak munasabah.
1,2,3 snap! Gambar duduk atas tin biskut – makanan. Gambar tidur tengah panas. Terbaring atas jalan. Semua itu langsung tidak munasabah.

10. Content-content yang kantoi.
Jumpa gangsta Brazil, kantoi. Jumpa influencer bertatu Jakarta, kantoi. Convert-kan orang ramai-ramai, kantoi. Semuanya “staged” untuk apa aku taktau. Tapi untuk walabit mereka gembira barangkali.

11. Buat kem keluarga yang menyuruh membuka aib.
Perkara ini telah ramai asatizah tegur. Perkara yang salah ini menyelisihi sunnah. Tetapi, sehingga hari ini, aku tidak dengar permohonan maaf atau taubat daripada Ebit kerana melakukan perkara salah yang fatal.

Maka, aku menegaskan di sini. Menurut idea atau gagasan #mindaskeptikal, Ebit Lew termasuk dalam golongan yang aku tidak boleh percaya. Korang yang percaya dia. Silakan, sebab korang walabit!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.