Hari ini kami diziarahi oleh salah satu startup anak muda yang agak berjaya. Mereka telah membangunkan Shoppegram (https://shoppegram.com/) yang alhamdulillah sudah mempunyai lebih kurang 1000 paid user.

Mereka bermazhab profit-based startup, bukan valuation-based startup. Mereka juga bukan gang Kapten. Mereka bukan penyembah VC dan gang founder sembang kencang. Sebab itu mereka tak terkenal dan viral di media sosial. Mereka bekerja kejar profit, bukan buat profile macam founder-founder startup sendu lain.

Cuma adalah salah seorang dari mereka ni yang kedekut sikit dulu. Aku harap selepas ziarah ini, diharapkan dia sudah bertaubat dan tidak lagi kedekut mahupun berkira. Aku nasihatkan diorang, kalau nak berjaya, jangan berkira dengan kawan-kawan especially dengan senior-senior yang bertaraf legend macam Nik Izwan Kamel.

Aku doakan mereka (Lutfi Azhar, Aizuddin Manap, dan Farhan Mohamed) berjaya dan menjadi panglima startup yang merdeka jiwanya, merdeka mindanya, merdeka akalnya dan merdeka poketnya.

Teringat aku pada pidato Bung Karno yang sangat nostalgik tentang orang muda,

“Beri aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, dan beri aku 10 pemuda niscaya akan kuguncangkan dunia.”

“Seribu orang tua hanya bisa bermimpi, tapi seorang pemuda mampu mengubah dunia!”

“Bebek berjalan berbondong-bondong, akan tetapi burung elang terbang sendirian.”Jadi helang anak muda! Jangan jadi bebek!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.