MLM – TEKNIK MARKETING POWER YANG DIZALIMI DAN TERSAKITI

M

Apa itu MLM? MLM adalah singkatan kepada Multi Level Marketing. Satu teknik marketing yang menggunakan bayaran komisen untuk mempromosi produk yang ingin dijual.

Senang cerita jika komisen bertingkat-tingkat itu wujud, maka ia adalah MLM. Tak kisahlah kau guna nama apa pun. Diamond-Platinum-Gold ke, Dealer-Master Dealer-Stockist ke. At the end, komisen itu dapat sebagai upah yang dipanggil “overriding”, bonus, dividen atau “hibah”.

MLM ini sangat powerful kerana menggunakan kuasa manusia untuk menjalankan aktiviti advertising dan marketing. Manusia bisa memujuk rayu, memberi harapan melalui lidah dan tinta. Itulah kekuatan teknik MLM.

Jadi, pengguna teknik MLM dalam perniagaan ini tidak perlu spend kos advertising seperti bayaran digital ads, billboard dan iklan-iklan conventional. Mereka hanya perlu spend wang kepada ejen-ejen melalui komisen yang dipanggil overriding.

Jika ditinjau dari sudut syariah juga. Ia adalah harus.

‎الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Tiada sebab teknik MLM ini haram dari sudut syariah.

Atas sebab itu, tiada kewajipan untuk mereka yang menggunakan teknik MLM ini untuk mendapatkan sijil patuh syariah. Hanya lebai yang jahil dan zindiq sahaja yang memaksa masyarakat menggunakan cop halal untuk ditunggang. Walhal, usul fiqh dalam hal muamalat ini jelas ia harus asalnya.

Tak dinafikan, cop halal atau patuh syariah boleh ditunggang dan dicagar untuk tujuan marketing sebagaimana dilakukan oleh sebahagian syarikat. Yelah, mereka nak dapat cop tu kena bayar kot. Bukan free. Kau ingat lebai rider ni nak buat free ke?

Syarikat takaful dan insurance juga menggunakan teknik MLM. Tetapi mereka tidak dipanggil syarikat MLM. Banyak lagi syarikat MLM yang ok seperti Tupperware, Amway, Cosway, Avon, Herbalife, Shaklee, Young & Living dan macam-macam lagi.

Ada orang kata ia overprice? So jangan beli. Apa masalah? Itu pilihan masing-masing. Ada orang sanggup kirim personal shopper beli handbag LV di Paris kerana ia lebih murah. Ada orang suka beli terus di Pavillion atau KLCC walaupun 3 kali ganda lagi mahal.

Ingat, ia hal muamalat. Ada aqad setuju. Maka ia harus asalnya.

Cuma…

MLM ini boleh terlibat dengan masalah gharar kerana ada pihak menggunakan teknik ini untuk melahirkan skim piramid, money game, atau skim ponzi. Maka apa yang dijual bukanlah product tetapi system harapan. System mencari orang dan menyuruh mencari orang sahaja.

Maka mereka sudah tidak menjual barangan mereka, tetapi hanya mencari orang. Mengajar orang untuk mencari orang. Adakah ia salah teknik MLM? Tidak! Sebagaimana pisau, ia boleh memotong buah, boleh juga membunuh orang. Adakah salah pisau? Sudah pasti tidak. Ia salah si pengguna. Si manusia itu.

Ada orang konon sensitif dengan MLM. Walhal kerja dia sebagai broker, makan komisen bertingkat-tingkat juga adalah MLM. Ohya, dia kata dia tak keluar modal. Tapi dia lupa yang dia belanja makan, minum, dan karaoke itu bukan modal katanya. Apabila product owner dibayar, maka komisen dibayar mengikut tingkat introducer iaitu broker atau lobiyist.

Walaupun aku ada pengalaman ngeri melayan kawan-kawan Luxor dan Uptrend, sampai bergaduh-gaduh dan berpecah belah kawan-kawan aku, tapi aku tidak membenci teknik MLM ini. Kerana ia tidak haram asalnya dan ada kekuatannya tersendiri.

Aku masih tak lupa..

“Apa khabar jutawan Luxor hari ini?”

“Luar biasa baik!”

“Dah pakai kereta jenama apa hari ni?”

Kah kah kah!

Tapi, apa pun kita kena bersikap adil.

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah kerana ia lebih mendekati ketakwaan. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al Maa’idah : 8. )

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.