“Bro, jangan usik LHDN bro, nanti backfire. Diorang datang 1 lori sita rumah dan pejabat kau..”

Itu amaran yang aku dapat, bila aku bunyi pasal LHDN tadi.

Amboi, orang kerja dalam LHDN ni maksum ke sampai tak boleh dipersoalkan? Jangan lupa hukum asal memungut cukai adalah haram.

Daripada ‘Uqbah bin Amir RA berkata, Sabda Nabi SAW:‎
لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”

Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.

Maka, cuba bertenang dan layanlah kami ni sebagai manusia supaya masyarakat tak menyumpah korang. Ke memang LHDN ni diajar menjadi samseng?

Anyway, biar aku cerita kenapa aku melantun hari ni dengan LHDN. Sebelum ini, aku takda apa masalah pun dengan LHDN. Cuma minggu lepas, aku dapat surat kompaun dari LHDN, terus kompaun bro. Takda warning. Sebab bala akauntan aku terbayar lambat PCB aku.

Dia bagi alasan pasal WFH dan bini dia beranak. Dia serabut sikit. Aku nak rembat dia pun, bukan dapat apa pun. Tapi dia kata dah bayar. Jadi aku ingat nak justifylah hal ni sebab terbayar lambat sedikit.

Dalam surat tu suruh pergi ke pejabat mereka. Jadi pagi tadi call lah. Call sampai lebih kurang 20 kali baru terjawab, lepas tu tukang angkat phone tu marah-marah pula. Cakap nak kerek je. Aik, aku call ni nak tanya nak jumpa siapa, nak justify la apa masalah. PKP kot. Kasi chance lah sikit.

Bila aku tanya dia siapa nama, dia terus letak phone. Fuh, biadab betul. Aku ni tax payer, bukan perompak. Walaupun aku tak pernah redha bayar cukai. Ada sebahagian ulama’ memfatwa harus lari cukai tau! Jadi aku niat bayar cukai sebagai sedekah je.

Aku pun pergi ke wall FB LHDN, aku dapati review dan komen pun banyak yang maki dari puji. Ini menunjukkan apa? Sebab itu aku cari pegawai LHDN yang beriman dengan Allah dan Rasul serta berakhlak mulia, tidak biadab.

Dalam banyak-banyak agensi kerajaan, aku rasa KWSP paling steady. Bila akauntan aku lambat bayar, dia call tanya. Lembut je. Seolah-olah faham masalah rakyat marhaen.

“Encik, bulan lepas takda buat sumbangan KWSP, ada masalah ke? Kalau ada masalah dalam perniagaan, boleh datang ke pejabat kami, insyaAllah, kami boleh buat arrangement..”

Penuh sifat ihsan manusiawi yang memahami masalah masyarakat. Kalimah penuh insani. Tidak seperti LHDN yang terus keluarkan kompaun di saat pandemik dan nasib masyarakat kita tidak tahu hala tujunya lagi.

Kenapa perlu biadab? Kenapa perlu berkasar? Tidakkan mereka ada secebis sifat ihsan untuk melayan sesama manusia dengan penuh adil dan insaf? Di kala mereka penjawat LHDN masih bergaji penuh, mereka yang di luar ini ada yang tidak makan lagi.

Kalian dibayar gaji, jangan sombong dan bongkak menindas dan membuli rakyat marhaen. Kalau kami dibunuh mati, kalian juga tiada bergaji nanti. Kalau kami sudah kelaparan, rumah kalian juga akan dirompak nanti. Berdosakah untuk kalian melayan kami dengan baik?

Dengar khabar, gaji mereka di LHDN sangat tinggi. Fresh grad pun sudah RM3,500, pegawai kanan easily RM15,000 menurut sumber. Alhamdulillah. Itu rezeki kalian, tapi tak perlulah mendongak langit mendabik dada. Sehingga perlu melayan marhaen seperti kami seperti anjing.

Jangan nanti doa marhaen memakan diri kalian perlahan-lahan. Kata Nabi, doa orang yang dizalimi itu mustajab. Mungkin kalian rasa kuat dan kebal dek kerana menjadi sumber pendapatan utama negara dan mempunyai access melihat harta dan kepemilikan masyarakat di luar.

Alhamdulillah. Ada pegawai yang memahami isu ini. Kata beliau, memang ramai yang begitu. Seolah-olah sudah menjadi norma dan budaya kebanyakan pegawai-pegawai di sana. Aku tanya beliau, jadi apa solusi?

Beliau jawab,
“lepas ni kalau call, rakam. Kalau jumpa, rakam. Viralkan je. Biar rakyat yang ajar mereka.”

Aku menggeleng kepala. Bukan style aku camtu. Takpalah. Masalah aku sudah pun selesai. Semoga Allah ampunkan kita semua.

يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kalian saksi yang adil kerana Allah. Dan janganlah kebencian kalian terhadap suatu kaum menghalangi kalian berlaku adil. Berlaku adil-lah, kerana perbuatan adil itu lebih dekat kepada taqwa.” (Al-Ma’idah: 8. )

Guane kite?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.