Dalam mesenger aku, banyak info yang aku dapat daripada macam-macam orang.

1. Anak yang mengaku kerja dengan syarikat susu.
2. Bekas pekerja era tahun 2010.
3. Pegawai jabatan veteriner.
4. Pegawai pertanian.
5. Bekas partner.
6. Bekas akauntan.
7. Mangsa penipuan katanya.
8. Penjaga ladang.
9. Peladang.

Aku takda maklumat untuk nak sahkan segala info yang mereka berikan. Jadi biarlah ia sekadar maklumat biasa saja.

Semalam, ada orang email SCRUT, cerita pasal the whole process, pasal susu beku, import susu beku, dan lain-lain. Semangat dia. Siap ajar cara kira dan apa nak tanya lagi.

Tapi yang 1 ni je mesej lawak, dari budak Wikoff sakoff koff koff. Keluar dari treding. Dia mesej aku, maki aku terus. Dia ngaku dah beli BMW cash. Alhamdullah, LHDN tolong check mamat ni.

Anyway, aku tak jual apa-apa algo, tak jual system, tak jual kelas, tak jual e-book dan tak jual affiliates unit trust ke, private mandate fund ke, atau apa-apa lagi dalam dunia capital market ni.

Aku takda apa pun nak tunjuk. Nak jual. Jadi takda kewajipan untuk aku cerita or buktikan apa-apa. Yang wajib buktikan apa yang dia dakwa adalah mereka yang jual kelas dan tidak pernah diuji secara saintifik.

Aku jual Cupchai Kacang Pool, Barista Bros Malaysia dan Susu Devondale Malaysia. Itu pun orang lain punya barang yang Ifmal tolong jual. Nak uji? Meh rasa!

Dia cerita teknik Wikoff dia hebat, so aku mintalah dia bagi pick hari-hari, nak tengok jadi ke tak teknik wikoff sakoff koff koff koff. Begitulah cara kita mendidik masyarakat supaya menjadi insan yang ber #evidencebased akalnya.

Sesuai dengan ajaran Islam,
“Bukti ke atas dakwaan..”

Dalam dunia trading saham pula, nak buktikan dakwaan adalah diuji dengan volume of picks, backtesting, live trade with control variables dan consistency of indicator direction.

Sesiapa pun boleh maki, balon, lanyak dan cakaplah apa pun pasal aku. Selagi tak dibuktikan, cerita itu hanyalah omongan kosong. Orang panggil sembang kari je Wikoff koff koff ni..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.