Ada seorang dua Melayu dalam board of director dalam sesebuah syarikat, tak menjadikan syarikat itu milik Melayu.
Ada ramai pekerja Bumiputera tak menjadikan syarikat itu berstatus Bumiputera.
Ada chairman Muslim tak menjadikan syarikat itu milik Muslim.
Banyak bagi peluang Melayu berniaga tak menjadikan syarikat itu milik bangsa Melayu.
Pakai logo atau cap masjid, ada surau di pejabat, hantar staff pergi umrah dan haji, juga tak mengubah apa-apa status syarikat tersebut.
Jangan membodohkan masyarakat dengan hujah-hujah seperti di atas.
Ramly Burger punya sales jauh lagi besar, staff jauh lagi ramai, telah bagi peluang anak-anak Melayu berniaga burger sejak sekian lama.
Ada Hj. Ramly kecoh? Ramly Burger official Facebook pun takda. Haji Ramly tak perlu poyo-poyo jadi hero Melayu pun..
Kan?