DUTCH LADY LEBIH BMF?

D

Beberapa hari lalu, ada individu yang mesej aku. Katanya syarikat susu Dutch Lady jauh lebih “BMF” dari syarikat susu yang viral disebabkan Aliff Ahmad III.

Dia menunjukkan tangkap layar dari Interepo (www.interepo.com). Aku argue balik, aku kata Khazanah ada dalam tu. Dia jawab, Khazanah bukan entiti Melayu, maka ia tak dikira milik Melayu. Selepas aku menyemak semula, maka aku membenarkannya. Ya, Khazanah bukan entiti Melayu, bukan seperti PNB.

Aku pun rujuklah annual report Dutch Lady, aku mendapat ASB melalui Amanahraya memegang 7% saham Dutch Lady, jauh lebih besar dari 0.3%. Bahkan jumlah saham Dutch Lady jauh lebih besar. Jumlah pengarah berbangsa Melayu 3 orang jauh jika dibandingkan dengan syarikat susu yang lain walaupun ramai Melayu ingat ia syarikat milik Melayu.

Secara matematik, untuk mereka yang bijak dan punya akal yang sihat. Dapat dilihat penguasaan saham Bumiputera dalam Dutch Lady jauh lebih besar selepas syarikat Susu summerfield. Jadi, jika menurut amalan BMF, Dutch Lady lebih priority untuk disokong selepas Summerfield. Sales Dutch Lady 1b bro! Jumlah pekerja Melayu sampai 50% Bukan kaleng-kaleng..

Kan?

Ke Bihun Cap Masjid lebih BMF sebab ada Masjid atau kedai mamak bukan milik Muslim lebih utama kerana ada gantung frame Bismillah?

Entahlah. Siapa yang BMF, boleh nilai balik fakta ini.

Apa-apa jadi, mesti cross check fact supaya kita jadi bangsa yang bercakap benar dan menyampaikan fakta yang sahih. Whatever it is, kebenaran itu sentiasa di atas kejahilan!

Tak wajib pun korang nak pakai Interepo, kami bangunkan untuk kemudahan kami. Siapa nak pakai silakan.

www.interepo.com

—-

Tempelan iklan :
Siapa nak nak makan itik, boleh usya Nasi Ayam Itik House. Siapa nak makan kacang pool tersedap di dunia, boleh beli Cupchai Kacang Pool.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.