4 PERKARA YANG WAJIB DIAJAR SUAMI KEPADA ISTERI

4

4 PERKARA YANG WAJIB DIAJAR SUAMI KEPADA ISTERI

1. Tauhid.
2. Solat.
3. Menjaga maruah.
4. Berdikari.

Tauhid

Isteri mengesakan tuhan yang satu, kenal siapa tuhan pemberi rezeki, tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Tuhan yang memberi kebahagiaan, tuhan yang memberi kesengsaraan, tuhan yang maha menjaga, tuhan yang tidak tidur dan tuhan yang maha sempurna.

Dengan tauhid, isteri tidak akan menganggap suami sebagai tuhan dalam hatinya. Kebergantungannya hanya kepada tuhan yang satu. Isteri yang punya tauhid yang baik, tidak akan sesekali melakukan syirik dan dosa besar.

Solat

Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (Al ‘Ankabut: 45).

Dalam solat isteri mengadu kepada tuhan, dalam solat isteri mendoakan suami, hanya dalam solat segala pengharapan dan pengaduan dibuat. Bukan kepada makhluk.

Menjaga Maruah

Menjaga maruah diri, keluarga dan suami perlu diajar. Guideline dan borderline perlu digariskan dengan penuh prinsip dan ketegasan. Isteri yang tidak menjaga maruah, wajib diceraikan.

Berdikari

Sebelum isteri itu berkahwin, dia ke kuliah, kerja, itu dan ini bagaimana? Makan, minum dan pakai? Jadi kenapa selepas kahwin perlu kepada bantuan dan mengharap suami? Ya, benar, jika suami ada kelapangan wajiblah ke atas dia untuk menolong isteri.

Tugas suami mencari nafkah, beban tanggungjawab dengan masyarakat dan negara juga dipikul oleh kaum lelaki. Belum masuk bab berdakwah dan berjihad.

Isteri yang ada 4 perkara ini akan kekal menjadi isteri yang baik sama ada suami dia ada atau takda. Isteri seperti ini jika kematian suami pun, dia takkan menggelabah..

Kerana..

Dia ada Allah, dia ada solat tempat mengadu, dia tidak berdosa dengan suaminya kerana menjaga maruah, dan dia boleh teruskan hidup tanpa suaminya.

Kalau kau nak cari suami pula, carilah lelaki yang boleh ajar kau 4 perkara ini!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.