BENARKAH KEMAS RUMAH KERJA SUAMI?

B

Jawapannya? TIDAK!

Rujuk hadis ini. Fatimah ialah anak kesayangan Nabi, yang datang mengadu kerja rumah banyak, datang minta hamba. Ada Nabi panggil Ali, sound dia kenapa kau tak buat kerja rumah sampai anak aku cari aku minta hamba? Takda kan?

Tapi Nabi bagi Fatimah zikir yang akan memberikan kekuatan bagai seorang hamba. Apa maksud ini? Maksudnya Fatimah kena buat kerja rumah sendiri.

Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa tangannya melecet dan menginginkan seorang hamba.

Sabda Nabi SAW:

أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Maksudnya: “Tidakkah kalian berdua mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang hamba? Maka apabila kalian berdua mendatangi katil atau dalam keadaan kalian berdua berbaring untuk tidur, bertakbirlah sebanyak 33 kali, bertasbihlah sebanyak 33 kali dan bertahmidlah sebanyak 33 kali. Hal ini adalah lebih baik untuk kalian berdua berbanding seorang hamba”. [Riwayat al-Bukhari, kitab doa, bab takbir dan tasbih ketika tidur, no. hadith 5843]

Habis tu? Adakah kerja di rumah kerja isteri pula? Tak juga. Ia kerja bersama dan kerja masing-masing. Kerja bersama adalah menjaga kebersihan rumah, disebabkan kau share rumah, maka kebersihan rumah adalah kerja bersama. Kalau masa kau tak kahwin dulu, bilik kau tanggungjawab kau. Kan? Begitu juga hal yang kau kena berkongsi.

Kerja masing-masing adalah seperti makan minum, pakai dan transport. Masa kau bujang kau pandai masak sendiri, cuci baju sendiri, dan travel sendiri, apa pasal lepas kau kahwin kau buat bini kau jadi bibik dan tukang masak kau? Dulu kau pandai basuh spenda sendiri, jemur sendiri, sekarang tak reti pula? Dasar jantan loser!

Kalau kau dah busy sangat, takda masa, kau bagi isteri kau maid. Maid ni pun bukan ganti tempt isteri kau. Dia sebenarnya ganti tempat kau untuk isteri kau. Bersama-sama isteri kau kemas rumah, teman isteri kau, tolong angkat barang, tolong jaga anak, bukan takeover tanggung jawab isteri kau. Sebenarnya tugas maid adalah ganti beban kerja yang sepatutnya kau kena buat.

Jadi bersama-samalah kita amalkan tasbih Fatimah supaya kita jadi gagah dan perkasa di siang hari esoknya.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.