Get SCRUT before WE get SCREWED!

G

Masa mula-mula gua dengan Nik Izwan Kamel nak buat Scrut.my, kami hanya fikir untuk buat duit raya, geli-geli dan teaser untuk projek sebenar nanti.

Kami telah nekad, apa nak jadi, jadilah. Yelah, lihat ke kanan, kawan anak AP holder, lihat di kiri kawan yang baru dapat AP, lihat di depan pula, menantu AP holder.

Tapi, kami fikir mudah saja. Kami buat perkara betul. Kenapa perlu marah? Kalau tak makan cili, takkan rasa pedas bukan?!

Scrut dibangunkan dengan kadar yang sangat minimum. Hanya MVP (minimum viable product) dengan landing page tanpa warna, disiapkan dalam 3 hari saja.

Setelah dilancarkan, kami hanya promote untuk kawan-kawan sahaja. Tetapi hari kedua user sudah mencecah 1,000 orang. Followers di FB page mencecah 5,000. Semuanya secara organik.

Setelah itu barulah kamu buat landing page dan logo warna merah itu. Setelah itu, banyaklah portal-portal kereta telah cover and ride on this hype.

Hari ini setelah seminggu berjalan, Scrut di Facebook sudah mencapai 17,000 likes, user sudah mencecah lebih 3,000 orang. Alexa jua menempatkan Scrut.my di tangga ke 11,000 web di Malaysia.

Banyak pujian, cadangan, makian, ugutan dan ancaman sudah kami terima. Ada yang suruh tutup, ada yang bertaubat, ada yang selamat sebelum ditipu dan ada yang sedar sudah ditipu.

Yang paling menarik, ada yang ajak kami betting race pakai Y-suku? Lu dah gila apa mat rempit?! Dia ajak betting RM50,000.

Dalam banyak-banyak penulisan tentang Scrut yang ditulis, gua rasa tulisan Fdaus Ahmad paling berjaya, kerana telah masuk ke group-group whatsapp yang di dalamnya ada kaum kerabat kami dari kalangan orang industri.

Mereka tak marah, bahkan ada diantara mereka yang mengharapkan kelahiran Scrut.my ini menjadi “game changer” industri kereta recond yang selama ini diragui kualiti dan integriti kenderaan yang dibawa masuk.

InsyaAllah, akan datang versi baru untuk kereta conti, motosikal dan lori pula nanti. Tapi lepas rayalah. Tolong sebar-sebarkan kebenaran ya!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.