Hari ini hari dukacita.

H

Vtec slayer gua akhirnya tumpas dengan kuasa ledakan sendiri. Pemandu Malaysia memang sudah banyak kali hampir membunuh gua. Masuk lorong gua tanpa signal dan on signal terus masuk.

Ya, memang benar jika gua memandu supercar seperti GTR, Ferrari, Lambo, Porche atau Mustang, pasti kebijaksanaan sistem kenderaan tersebut yang akan membantu pengawalan kenderaan tersebut dalam keadaan kecemasan.

Malangnya gua hanyalah rakyat marhaen yang hanya memandu jentera tempatan kebanggaan Tun M. Dikuasakan dengan dasar pandang ke timur, jentera gua dikacuk dengan mesin-mesin dari negara matahari terbit ilham dari mekanik lagenda era Ayrton Senna, Mohd Sukri Ridzuan.

Jentera yang berkuasa 300 ekor kuda 100% manual tanpa bantuan ABS dan EBD, sudah pasti agak tempang jika diserang hendap tanpa persediaan rapi. Walaupun pemandunya sehebat Takumi Fujiwara di jalan raya, kadang-kadang monyet juga bisa jatuh dari pokok! Itu suratan takdir barangkali..

Nak dijadikan cerita sedang gua memacu jentera marhaen yang telah mengaibkan ramai kaum H, tiba-tiba gua terlihat di hadapan gua sebuah Alphard yang teragak-agak untuk masuk ke lorong gua atau tidak, gua memperlahankan jentera, gua beam banyak kali, dia telah akhirnya mengekalkan kedudukannya di lorong tengah.

Melihat dia sudah kekal di lorong tengah, gua pun lantas memusatkan boost jentera gua untuk menggandakan ledakan kuasanya, tiba-tiba si Alphard musibat secara tiba-tiba pula masuk kembali ke lorong gua. Respon kaki gua terus menekan brake, gua terlupa ia bukan jentera moden. Akibat bontot yang ringan dan kuasa tujahan yang melampau, terpancut keluarlah jentera gua dari lorong dan berpusinglah ia kerana hilang kawalan diri.

Gua hanya tenang mengawal jentera yang sedang mabuk itu, ini bukan kes yang pertama, sudah 3-4 kali jentera gua pernah mabuk hilang kawalan sebelum ini. Cumanya kali ini pancutan keluar disebabkan tujahan diri sendiri. Mabuk hilang kawalan disebabkan kebodohan pemandu Alphard yang tidak pandai memberi salam gaya orang barat. Salamnya pula umpama Yahudi mabuk minum Brandi. Gua berdoa agar nasib jentera gua masih dilindungi rahmatan lil alamin, kalau boleh bersujud ketika itu, pasti gua lakukan.

Semoga pemandu Alphard itu ditipu oleh penjual kereta recond kerana tak check dengan Scrut di https://www.scrut.my dan akhirnya mati di atas jalan raya. Ya, itu doa gua di 10 malam terakhir ini. Di mana gua nak cari ganti jentera sehebat Vtec Slayer tersebut. Jadi kalau kawan-kawan dan fan-fan terlihat gua menunggang Y-suku, ketahuilah yang gua sedang ke masjid, bukan betting dengan budak-budak Papagomo.

Siapa nak tolak Putra kat gua? Gua nak masukkan roh arwah dalam tubuh baru. Atau Wira/Perdana limosin!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.