Rasanya ramai yang tau gua tak favor sangat YB Syed Saddiq, tapi gua rasa terpanggil untuk respon tulisan babi daripada tokey air Hausboom kerana gua rasa ada yang tidak kena dengan serangan tersebut.

Dalam pengamatan gua, kisah tersebut sebenarnya sudah 4 bulan berlalu. Kenapa baru hari ini disebarkan? Bukankah hari ini adalah Hari Raya, hari yang sepatutnya kita sama-sama berehat dan bercuti. Amat tidak wajarlah kita membabikan orang pada hari perayaan, kecuali TB.

Sebenarnya, penulis tersebut adalah seorang totok UMNO yang sudah diketahui umum. Salah seorang partnernya juga merupakan anak kepada seorang politikus yang telah mendapat habuan politik bernama Zahrain.

Zahrain ini telah dilantik menjadi duta besar Malaysia di Indonesia selepas keluar dari PKR. Anaknya pula, partner kepada penulis babi itu merupakan pengarah eksekutif Naza TTDI. Basically, puak ini memang dah kaya kutip khazanah ketika zaman Rosmah lagi.

Sifirnya mudah. Penulis merupakan totok UMNO, partner kepada anak katak politik yang telah mendapat banyak manfaat yang menanti peluang untuk membalon mana-mana ruang yang berkaitan dengan kerajaan. Mungkin juga sebagai alat marketing.

Pada gua, hidup ini kena ada maruah. Kalau dah tak suka, tak perlulah pakai atau guna barang atau ruang yang kita tak suka. Macam gua, gua tak suka ISMA, gua tak pernah tunggang mana-mana kuda ISMA.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.