KALAU KAU PAKAI DUIT SENDIRI, BERAPA KERUGIAN KAU BERANI BUAT?

K

Jom kita bincang!

Hari tu aku ada cuit sikit pasal 2 syarikat fashion. Syarikat yang pertama tu rugi, syarikat yang kedua tu tak rugi tak untung. Tapi yang ramai datang justify yang rugi juta-juta tu.

Anyway, aku tak pernah kisah pun apa orang nak cakap, apa orang nak justify. Sebab mereka yang cakap, yang justify tu pun bisnes entah ke mana. Yang pasti, rugi tetap rugi. Cuma rugi macam mana, ikut kaulah nak justify macam mana.

Aku memang tau dia buat-buat rugi untuk cash out. Cuma aku nak tanya je, kalau kau pakai duit kau sendiri, berani kau buat rugi dengan amount yang besar begitu? Biasa yang berani buat rugi besar-besar ni bila pakai duit investor, duit orang lain je.

Kalau rugi betul memang tak baiklah untuk bisnes. Tapi buat-buat rugi adalah perkara biasa, ada macam-macam sebab. Antaranya expansion plan, cash out, tax planning (elak cukai) atau untuk kau ambil benefit kaw-kaw. Bezanya kau buat rugi banyak atau sikit sahaja.

Kalau kau bisnes pakai duit sendiri, kau buat-buat rugi biasanya just untuk lari tax je. Kalau kau buat rugi banyak, unhealthy juga kepada financial record kau. Bank memang tak pandanglah, unless kau ada cable kuat, ada wahyu. Ini pengalaman akulah. 1Mdb kau jangan cerita lah!

Aku dengki? Haha. Dalam rekod, aku pernah maki vc masa pitching session di Semicon, aku pernah panggil pegawai vc a*shole dan suruh dia balik dari office aku sebab semak dengan apa diorang minta. Nanti ada masa, aku cerita lah. Jadi aku tak pernah dengki or jealous pun dengan sesiapa yang dapat fund kerajaan atau vc. Sebab aku tau banyak prinsip yang aku kena gadai kalau aku ligan, termasuk kehilangan maruah dan harga diri.

Yang paling lawak, usahawan b*bi pun sibuk nak tunjuk hero juga. Dengar cerita, dia pun banyak pinjam duit orang tak bayar-bayar juga. Hello brother,

“duit pinjam tokey vape dah bayar belum?”

Kah kah kah!

Ada C*O startup sendu nak tunjuk hebat juga. Aku malas nak cakaplah, boss dia dulu pun datang mengadap aku minta fund. Sedih dengar, gaya dalam Facebook nampak hebat, hakikatnya tarak apa bro. Sembang saja lebih. Tulis konon motivasi bisnes, nak dapat likes banyak saja. Diri sendiri merangkak menjilat sini sana.

Nanti ada masa, aku nak komen dan cerita pasal budak-budak startup punya perangai pula. Kenapa ramai yang sentap bila aku cuit pasal syarikat ikon anak muda tu. Sekali dengan cerita pasal aku maki vc kat Semicon tu.

Dah, dah.. Kau jangan sentap. Kau tolong sentap untuk orang lain, kau sendiri ada apa?

😛

Eh, SCRUT nak bagi fund dekat startup yang tak poyo ni. Walaupun kami tak kaya, tak bergaya, tak lavish, tak pandai tulis motivasi bisnes kat wall hebat-hebat, tapi kami tak fake, tak poyo, tak kedekut.

Kau rujuk sinilah :

SCRUT FOR STARTUP : RM50,000 UNTUK ANDA!Hari ini genap usia SCRUT 2 bulan. Selamat ulang bulan SCRUT! Kami masih hidup…

Posted by SCRUT on Saturday, July 13, 2019

Aliff Ahmad
Get SCRUT before WE get SCREWED!
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.