ADAKAH BENAR SEGALA SIFU-SIFU SAHAM INI BUAT DUIT ATAU MENJADI KAYA RAYA DENGAN TRADING?
ATAU SEBENARNYA MEREKA BUAT DUIT DENGAN BUAT KELAS SAHAJA?
Untuk lebih spesifik, jika benar mereka jadi kaya sebab trading, mereka tak perlu buat kelas pun. Duduk diam-diam trading sudah kan?
Jika benar mereka jadi kaya (buat duit) dengan daily (intraday) trading, aku nak tengok diorang buat live trading depan mata aku untuk 5 hari berturut-turut. Masuk hari ni keluar hari ni, untung.
Aku nak lihat sendiri adakah benar-benar mereka untung dan buat duit, jadi kaya raya kerana trading. Nama-nama besar dalam Malaysia ini belum ada yang buat.
Kebanyatakan sifu-sifu saham ni, akan suruh masuk kelas dia dulu, bayar dulu baru boleh tengok live trading dia. Kalau kau power, buat live trading free and open lah. Buat Facebook live je lah.
Aku tengah belajar ni, siapa nak jadi guru aku? Buatlah live trading depan aku..
Kalau tak, semua sembang jelah tu! Kau kaya sebab buat kelas je. 1 kepala paling cikai RM500. 20 orang berapa? 100 orang? 1000 orang?
Pfffftt…