40 jam seminggu

4

Sebenarnya, aku memang setuju 40 jam seminggu ni. Tak kacau after hours masa para pekerja. Ini yang aku impikan. Aku sendiri pun taknak kerja after hours.

Tapi, pekerja juga perlulah commit 8 jam sehari tanpa 1 saat pun tidak buat kerja selain untuk syarikat yang dia kerja.

Tidak berfikir tentang hal lain selain kerjanya untuk syarikat pada waktu bekerja. Tidak browse perkara lain selain untuk syarikat.

Tidak online shopping. Tidak reply mesej boipren, gopren, bini-bini, mak pak mentua. Hatta mengerling ke mesej dari selain boss dan group syarikat pun tidak.

Tidak bercakap langsung perkara yang tiada kena mengena untuk kemajuan syarikat dan kerja. Tidak mendengar perkara lain selain hal untuk selesaikan kerja dalam syarikat.

Sentiasa datang awal, kerja start on time. Rehat pun tak ngular. Berak, kencing pun waktu rehat, bukan waktu kerja. Takda smoking break.

Kerja dan kpi setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan tercapai. Bahkan sehingga mencari boss, tanya apa kerja nak buat lagi.

Kalau para pekerja boleh amanah dengan masa, waktu kerja dan gaji yang dibayar. Maka pasti kerja akan selesai sebelum waktu kerja secara efisien.

Ingat, maksud bekerja adalah..

“Masa, diri dan skill kau telah dibeli oleh majikan pada mula wakti bekerja hingga tamat waktu bekerja.”

Jika pekerja tidak mampu 100% amanah pada waktu bekerja, tidak selesaikan task pada waktu bekerja. Janganlah berkira dengan majikan kau.

Majikan kau pun takkan cari kau kalau kerja kau dah selesai. Kalau dia cari tu maksudnya sama ada kau tak siap kerja atau kau dah jadi orang penting dia.

Anggaplah kawan-kawan kau cari kau lepas cari kerja. Boss kau adalah kawan kau selepas waktu kerja. Kau reply tak kawan-kawan mesej kau pada waktu malam?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.