Aku dah pesan dekat budak-budak late 90s dan 20s. Zaman korang ni penuh cabaran. Tak sama macam dulu.

Galian dah banyak dikorek, tinggal sikit. Banyak syarikat dan established dan dominant dalam banyak industri.

Jadi, jangan main-main. Jadi pekerja yang baik. Tunjukkan kau berharga untuk syarikat. Jika apa-apa krisis berlaku. Boss kau akan make sure kau diselamatkan.

Tak sangka tahun ni berlaku. Yang tak perform, yang main-main, terus masuk list untuk tidak diselamatkan.

Sebagai bos yang keluarkan duit sendiri untuk membina kapal, pasti maslahah besar adalah untuk menyelamatkan kapalnya.

Untuk menjaga kapalnya, sudah pasti anak-anak kapal yang setia, baik dan berharga untuk dikekalkan.

Kalau kapal karam, pasti damage lebih buruk akan berlaku. Mungkin anak-anak kapal yang setia, baik dan berharga juga akan terkorban.

Yang dulu asyik complain maki hamun majikan, kutuk-kutuk dan nganjing-nganjing bos kau kat belakang. Kerja main-main, curi masa kerja.

Kau taulah adakah kau berharga untuk maslahah yang lebih besar?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.