Dah sampai 6 orang kasi tau pasal hal ni. First sekali aku tak pernah kisah pasal dia, aku bukan follower dia. Ya, aku pernah tulis pasal dia. Tapi aku tak memusuhi dia.
By principle, aku tak belasah orang lemah or tengah lemah. So, biarlah dia layan netizen dia yang mengecam dia. Aku cuma takkan tambah minyak buat artikel khas untuk dia.
Yang aku tahu, apa yang aku simpulkan dulu adalah benar dan sangat benar. Aku telah melihat audit report Fashion Valet 2017, rugi teruk seperti yang aku ceritakan. Juga laporan 2018, still rugi juga.
Ada orang cakap aku tak faham dunia start-up. Hello brother, aku juga buat start-up, bezanya start-up aku buat duit. Aku bermazhab profit based start-up, bukan mazhab valuation based start-up.
Matematik mudah. Kalau start-up rugi valuation tinggi, takkan start-up untung valuation rendah? Bak kata seorang sahabat yang takut namanya disebut,
“Nak buat rugi, habiskan duit, anak aku darjah 2 pun pandai..”
Nak kenang tulisan aku?
Rujuk sini :