COMPANY RUGI TERUK, FOUNDER HIDUP MEWAH? ADAKAH INI BUDAYA START-UP MALAYSIA?

C

Aku nak korang semua lihat founder GRAB dan UBER, adakah mereka tunjuk kemewahan mereka? Aku nak korang skodeng Mark Zuckerberg, pernah tak dia paparkan kekayaan dia? Elon Mask? Jack Ma? Founder Gojek? Zalora?

Kalau company kau untung menggila, kau nak tunjuk kekayaan kau, kemewahan kau, tiada siapa kisah. Tapi kalau company kau pun rugi teruk, kau masih poyo-poyo lagi, aku rasa itu masalah! Yang lebih bermasalah adalah dana yang disuntik ke dalam company kau adalah dana milik kerajaan. Aku kira ia dana milik rakyat!

Selain PNB, Khazanah juga terlibat dalam suntikan dana kepada Fashion Valet melalui syarikat 100% milik Khazanah iaitu Pulau Tiga Ventures Sdn. Bhd. Kalau kerugian itu menggunakan dana pak mentua kau, tiada siapa kisah. Sebab itu aku selalu sebut dengan budak-budak start-up muda ni,

“Buat start-up profit based! Bukan valuation based!”

“Kita berniaga mesti buat untung. Dapat fund 1 juta mesti buat 2 juta!”

“Nak bagi rugi, buang duit, monyet pun boleh buat, nak buat untung ia perlu kerja keras dan strategy yang betul!”

Disebabkan semalam ada mangkuk bakar-bakar aku konon apa Vivy buat adalah amalan start-up. Aku pun selongkar balik audit report dia.

Aku nak tunjuk something untuk korang buka mata. Rujuk foto no 2. Apa yang korang akan nampak?

1. Director emoluments dinaikkan dari RM396,000 ke RM517,200 walaupun syarikat kerugian sebanyak RM10 juta ringgit!

2. Korang semua yang berniaga, kalau syarikat rugi, korang ambil tak director fee korang? Ambil gaji pun minimum je kan?

3. Makcik Kiah tak dapat makan kalau tak untung. Ini pula nak beli handbag Channel.

4. Kalau duit korang sendiri, tak kisah lah kan? Tapi kalau duit orang? Kau tergamak?

Adakah ini perangai start-up Malaysia?

Yang 1 ni lagi power! Aku sampai rujuk 4 orang auditor bertauliah untuk memahami maksud tersebut.

Tengok web development written off sebanyak RM2.2 juta! Korang rujuk note di bawah, auditor kasitau diorang tak dapat confirmation from both party.

Keempat-empat auditor bertauliah ini telah berijmak (sepakat) maksudnya,

Syarikat dah bayar RM2.2 juta tapi tak siap then diorang terminate tanpa apa-apa dokumen! RM2.2 juta hilang macam itu sahaja?!!!

Pandangan aku, ini adalah cashout yang jelas. Alasan aku,

1. Bukankah Fashion Valet adalah tech start-up yang telah wujud sebelum 2016 lagi dengan web? Kenapa tiba-tiba nak buat web lagi?

2. RM2.2m untuk buat web atau upgrading macam FV adalah sangat melampau mahalnya. Anyway, aku ni director software house and IT firm. I know the rate.

3. Web FV hanya menggunakan template Magento.

4. Kalau kita anggap itu bad decision making, maksudnya pengurusan ni sangat bangang lah. Tech start-up apa kena con macam tu je.

5. Entrepruneur apa decision bangang macam ni?

Jadi aku mintalah rakan-rakan yang pernah sokong Vivy & FV dulu komen tentang hal ini. Tolonglah justify ya!

1. Khairul Azri Iron Man
2. Faiz Edzahar The Vocket
3. John Lemon HouseBoom
4. Nadzri Sazali Carput

Tolong komentar sikit tentang RM2.2 juta yang hilang tersebut. Adakah itu memang budaya start-up yang rakyat marhaen wajib telan, terima dan puji tindakan pengurusan Fashion Valet?

Ada banyak lagi dalam audit report dia ni aku nak tanya. Tapi cukuplah yang tu dulu.

Anyway, ramai yang tanya, artikel yang aku tulis pada tahun 2019 tu tahun 2018 punya SSM report. Hari ini, aku share sekali yang latest.

Yang latest dalam rekod Fashion Valet rugi lagi sebanyak RM20 juta. Tahun sebelum tu RM10 juta. Naik 2 kali ganda! Hebat! Inilah usahawan start-up yang hebat kan? Yang layak untuk advise UiTM kan?

Tahun 2018 :
Revenue – RM60 juta
Rugi – RM10 juta

Tahun 2019 :
Revenue – RM62 juta
Rugi – RM20 juta

Rumusan :

Sales naik dari RM60 juta kepada RM62 juta. Naik RM2 juta!

Rugi juga naik dari RM10 juta kepada RM20 juta! Naik RM10 juta!

Hebat! Semua naik! Mungkin inilah cara start-up dinilai barangkali. Nilai melalui kenaikan kerugian! Kononnya padan expand dan branding! Expansion plan diorang kata..

RM 20 juta ni, kalau diberikan kepada start-up yang benar-benar bagus seorang RM500,000, dapat 40 start-up untuk ditolong.

RM20 juta ni, kalau diberikan kepada Makcik Kiah dan kawan-kawan dia seorang RM50,000, dapat bantu 400 orang peniaga kecil.

Apabila dana yang diberi oleh PNB dan Khazanah dilacurkan dengan kemewahan dan kerugian. Aku benar-benar tidak boleh terima!

Aku juga pendiri start-up, aku berdiri dengan modal sendiri dan sentiasa struggle untuk memastikan setiap bulan at least cover expenses. Rugi adalah ketakutan dan mimpi ngeri buat aku.

Adakah perangai start-up adalah untuk cashout duit pelabur dan bergaya sakan dengan hidup mewah dan lavish?

Aku kekal dengan mazhab profit based start-up! Tak perlu lavish dan poyo-poyo hebat. Valuation datang dengan potential dan profit made.

Siapa tak bersama aku? Pergi mampos!

Heil B40!

SCRUT before YOU get SCREWED!

Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Rujuk artikel sebelum ini di :

1. https://aliph.my/rugi-rm10-juta-usahawan-atau-bangsawan/

2. https://aliph.my/neelofa-buat-untung-tanpa-dana-pnb-dan-kh…/

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.