BUAT PEMINAT-PEMINAT DAN PENYOKONG-PENYOKONG VV & FV YANG MALU-MALU SIAMANG..

B

Kalau kau sokong VV & FV, buatlah artikel khas untuk pertahankan. Macam tak biasa pula. Kau beli annual report dia, kau olahlah ikut conclusion yang kau nak sampaikan, dalam bahasa marhaen. Jangan cheapskate sangat, dokumen tu bukan berharga RM2.2 juta!

Tak perlulah kau nak bermain kata dengan terma-terma teknikal dan falasi. Kalau sokong, katakan sokong, dan pertahankanlah. Korang malu ke nak sokong VV & FV sekarang? Segan dah? 😜

Meh sini aku tolong kasi tajuk.

1. FV sebenarnya untung! Tahun depan insyaAllah untung 100 juta!- The Vongket

2. VV sebenarnya usahawan hebat menurut laporan kewangan! – Iron Nan

3. Naikkan director fee di saat company rugi, bukti FV company kukuh! – Usahawan Babi

4. RM2.2m tidak hilang! – Romen

5. PNB dan Khazanah tidak terlibat dalam FV! – Pakar Pelaburan.

Buat gitu, terus terang je. Korang takut apa? Malu-malu pula. Yang pakai topeng pun malu, yang pernah buat artikel khas pertahankan VV & FV pun segan-segan je. InsyaAllah, aku tolong share. 😜

Isu yang aku ketengahkan adalah simple je. Orang awam bukan semua orang ada ilmu finance ni. Jadi aku simplifykan penemuan aku.

Isunya adalah :

1. FV adalah syarikat yang rugi. Dari rugi RM10 juta naik ke RM20 juta. Adakah ini bukti VV pandai berniaga?

2. Dalam saat syarikat rugi, VV hidup mewah. Wajarkah?

3. Syarikat milik rakyat (Khazanah dan PNB) ada melabur dalam FV. Adakah benar?

4. Ketika syarikat terus rugi, director fee dinaikkan. Adakah ini menunjukkan syarikat dikendalikan dengan bijaksana dan sepenuh hati?

5. Buat web dengan harga RM2.2m. Bijak? Tak siap pula tu! Jadi sangat bijak? Dokumen pun takda! Apa pula maksudnya? Tersangat bijak?

Ada si bebal ni kata, ikut suka dia lah company dia. Nampak tak? Inilah ciri-ciri penyokong mereka. Bebalnya bukan kepalang..

Hello, kan aku dah sebut awal-awal, kalau syarikat tersebut guna dana bapa mentua dia sahaja, tiada siapa kisah. Kami rakyat marhaen takkan kisah. Tapi syarikat tersebut mendapat suntikan dari syarikat milik rakyat! Nak tunjuk bangang pun simpanlah sikit walaupun pakai topeng pun.

Rakyat marhaen berhak tahu kebenaran. Itu hak mereka. Mereka yang cuba menyembunyikan kebenaran melalui istilah-istilah teknikal dan falasi ini sebenar nak memperbodohkan rakyat marhaen.

Jangan risau sahabat-sahabat, di belakang kita semua juga ada ramai chartered accountant, auditor dan pakar kewangan yang bencikan golongan kapitalis dan elitis yang menjarah wang rakyat melalui drama usahawan berjaya.

Kalian tak perlu ikut jejak langkah mereka. Kalian hanya perlu terus berdoa, kerja kuat dan rancang masa depan kalian dengan baik. InsyaAllah kalian akan lebih berjaya dari mereka.

Ingatlah, banyak handbag dan bermain ski dengan handbag tidak menjadikan kalian lebih bijak dari orang lain!

HEIL B40!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.