HEIL B40!

H

Aku ini anak pegawai rendah kerajaan. Mak aku buat pendapatan sambilan dengan menjual karipap. Merasa makan KFC setahun sekali.

Pernah merasa senang sekejap selepas tanah pusaka dijual. Tapi muflis setelah ayah ditipu rakan kongsi. Miskin balik. Makin susah. Sehari makan sekali saja di rumah.

Miskin bandar ni lagi susah, nak bela ayam dekat mana, tanam kangkung dekat mana. Duduk rumah flat kan.

Terpaksa cari duit sendiri sejak kecil. Kayuh basikal 30km beli sticker Alien Workshop, Dragon Ball, jual dekat anak-anak orang kaya yang tak pandai cari barang.

Belajar rajin-rajin untuk masuk asrama, supaya dapat makan sehari 6 kali di MRSM. Pergi sendiri naik bas, bawa baldi. Orang lain parents hantar. Aku steady macam masuk universiti sendiri.

Masa belajar di Australia, elaun aku 50% dihantar ke Malaysia untuk menolong keluarga. Orang lain masa cuti jalan merata, aku pula kerja buat rumah. Keadaan ekonomi keluarga di Malaysia makin tenat ketika itu.

Aku kerja part-time cuci pinggan. Jadi cleaner. Jadi buruh buat rumah. Adik aku, pelajar perubatan di UM pun weekend buat part time di Nandos. Takkan aku nak bersenang lenang di negara sejuk.

Bila kenang balik kesusahan hidup dulu, aku sebenarnya gembira, gembira kerana hidup aku penuh dengan liku-liku kesusahan realiti, bukan drama penuh nista.

Jadi, aku sangat memahami denyut nadi marhaen. Jeritan jiwa mereka dapat aku fahami sampai hari ini. Aku tak pernah lupa dari mana aku lahir, dari mana aku datang.

Terdengar celaan dan cebikan sinis terhadap mereka membuat aku sedikit kepanasan. Mereka tidak merompak kalian, duhai kaum kapitalis dan elitis!

Kenapa bantuan kerajaan kepada mereka hendak kau pertikaikan? Persoalkan? Kenapa kau juga mahu berebut wahai kapitalis hasad!

Celakalah mereka yang menghina rakyat marhaen!

Heil B40!

#HEILB40

—-

Jika kau menyokong struggle B40, cerita tentang struggle kau atau pandangan kau pula dengan hashtag #HEILB40.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.