1. 20 juta juga ditulis dengan 20,000,000.
2. Dengan 20 juta, kau boleh bantu 20 SME/PKS dengan bantuan 1 juta setiap syarikat.
3. Dengan 20 juta, kau boleh bagi 40 start-up RM500 ribu setiap satu.
4. Dengan 20 juta, kau boleh suntik bantuan untuk 200 enterprise sebayak RM100 ribu setiap satu.
5. Dengan 20 juta, kau boleh bina 133 buah rumah kos rendah untuk rakyat marhaen.
6. Dengan 20 juta, kau boleh keluarkan grant RM50 ribu untuk 400 pensyarah/penyelidik universiti.
7. Dengan 20 juta, kau boleh hantar 3333 orang miskin pergi buat umrah.
8. Dengan 20 juta, kau boleh pastikan seramai 7827 orang fakir miskin tidak mati kebuluran selama 1 tahun.
9. Dengan 20 juta, kau boleh sumbang 200,000 kotak face mask kepada frontliner kita.
10. Dengan 20 juta, kau boleh sumbang 6,666,666 unit face shield untuk frontliner kita!
Dah faham nilai RM20 juta? Bagus!
Ingat auditor tak terangkan macam ni. Auditor buat kerja dia audit je. Kau tak bagi document, dia note down je as tanggungjawab dia. Dia nak bising-bising pun, kau yang lantik dia. Kau tukar auditor lain, dia yang rugi. Takkan auditor nak komen buruk-buruk kat orang yang bayar fee dia. Alah, benda ni common senses je!
😜