SALES RM60 JUTA MESTILAH WEB HARGA RM 2 JUTA! – Penjilat

S

Sebelum apa-apa, aku nak korang semua tahu, antara syarikat utama aku adalah IT firm dan software house. Kerja kami memang consult dan bina software, dari web, mobile, system, desktop, iot, big data, ai dan blockchain technology, semua kami pernah buat.

Tahun 2017-2018 memang peak kami focus jadi blockhain developer. Untuk pengetahuan korang, develope system blockchain jauh lagi complex dari web e-commerce. Tapi, seingat aku lah, paling mahal aku pernah charge untuk develope 1 complete ecosystem blockchain pun USD500k, so lebih kurang RM2 juta sahaja. Siap dan deliver ok! Blockchain tau, bukan e-commerce! 😜

Jadi develope web e-commerce pakai template Magento, no such thing harga mencecah lebih RM1 juta! Unless client kau bodoh dan bangang. Paling-paling mahal pun RM500k. Siap dan deliver! Bukan write off! Kau jangan jadi bangang pula kata auditor dah audit, maka semua kena diam dan beriman sahaja.

Hari ini, aku nak ajar korang basic nak check web tu power ke tak, apa ada, dan apa dia pakai hari ini, supaya kau tahu nak nilai sesebuah web itu power ke tak.

Ada 2 web kau boleh pakai untuk lakukan basic analysis :

1. gtmetrix.com
2. builtwith.com

Gtmetrix untuk buat speed test web, manakala Builtwith untuk tengok apa framework dan plugin dia pakai.

Aku telah “scan” Fashionvalet.com dengan Builthwith tahun lalu lagi sebab itu aku tahu dia menggunakan Magento template sahaja. Sebab itu aku boleh agak web tersebut tidaklah complex, ia sekadar web e-commerce biasa sahaja.

Cumanya semalam aku scan lagi sekali dan run speed test ke atas Fashionvalet.com di Gtmetrix.com. Sebagai tech start-up hebat  yang pernah spend RM2 juta untuk develope web sahaja, aku jangkakan keputusan yang akan aku dapat adalah memberangsangkn dari Fashionvalet.com.

Tetapi amat mengejutkan keputusan speed test yang keluar adalah sangat buruk! SANGAT BURUK!

Untuk memuaskan hati aku. Aku run comparison test dengan web start-up aku pula, iaitu Ifmal.com. Aku pilih Ifmal.com kerana ia juga adalah e-commerce platform yang dibina menggunakan WordPress. WordPress vs Magento lah ni!

Ifmal.com dibangunkan menggunakan WordPress yang telah penuh dengan customization. Kami perlu customize dan bina baru kerana takda dalam “on shelf” market yang jual sistem online, offline dan pos system sync sekali secara instant pada waktu itu. Sekarang ini ada? Aku taktau. Selain itu, full supply chain management dari online atau offline order direkod dan diproses hanya di atas 1 platfom yang sama. Aku kira Ifmal.com patut dapat grade lagi rendah dan lebih lembab lah. Ifmal.com juga ada lebih 3000 SKU pelbagai kategori! Oh, lupa inventory untuk branch sekali ya. Since IFMAL ada 2 branches juga. Semuanya dalam 1 system! Heavy weh!

Anyway aku tak expect lebihlah since dengan complex begitu pun, aku pernah jual (copy system Ifmal.com) hanya dengan harga RM250k sahaja. Siap dengan vendor dan affiliates account lagi. Takkan aku boleh lawan teknologi milik company yang dapat dana funding lebih RM20 juta dan willing untuk spend lebih RM2 juta untuk develope web sahaja. Bahkan disokong oleh pakar-pakar kewangan Facebook dan start-up sendu yang lain!

Tapi, selepas test tersebut dijalankan. Aku dapati, Ifmal.com jauh mengatasi Fashionvalet.com. 3 kali aku cuba run. Keputusannya tetap sama. Adakah syarikat aku yang dah 10 tahun buat servis IT ini tercharge murah sangat selama ini? Atau aku patut charge RM2.5 juta untuk system ini. Kena mahal sketlah lepas ni, sebab system aku lagi complex! Sebab korang tak boleh terima bila aku kata mahal sangat RM2.2 juta tu!

Eh, RM2.2M tu tak siap kan? Write off kan? Yang siap punya agak-agak berapa harga? Apa kata pakar kewangan Facebook? Senang cerita kau cakap je Gtmatrix yang salah kan? Senang..

Jadi siapa yang nak buat e-commerce system macam Ifmal.com, buat dengan company aku je lah! RM1.5 juta sahaja! Kena murah sikit, kalau ada apa-apa issue aku boleh coverline dengan compare dengan web Fashionvalet nanti!

😜

SCRUT before YOU get SCREWED!

#HEILB40!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.