KISAH PENYAPU DAN KEHIDUPAN

K

Aku ni anak orang miskin. Penyapu pun tak mampu beli. Jadi mak aku sangat particular cara simpan penyapu supaya tahan lama. Nak bazir kerap beli penyapu buat apa kan?

Mak aku selalu akan menjerit,

“Siapalah takda otak yang letak penyapu macam ni? Nanti kembanglah, jadi misai, macam mana nak sapu dengan baik nanti!”

Mak aku sangat pantang orang letak penyapu terbalik (bahagian sapu di bawah) kalau tak digantung. Gantung the best lah. Memang benar jika penyapu diletak terbalik penyapu takkan tahan lama.

Tadi, aku ke Scrut Auto, pun aku tegur benda yang sama. Rasanya semua staff aku tahu aku akan bising pasal penyapu ni. Semua office aku, aku akan sound pasal ini. Isteri-isteri aku, termasuk maid dan driver aku.

Cuma aku pelik kenapa mereka tak punya common sense ini? Adakah kerana mereka semua anak orang kaya yang memang beli penyapu sebulan sekali? Atau mereka si bebal yang boleh sapu pakai “penyapu misai kembang?”

Adik-adik dan anak-anak orang kaya sekalian, ni abam nak ajar ya. Cara letak dan simpan penyapu adalah seperti dalam gambar ni kalau tak digantung ya!

Kalau tak nanti penyapu kau akan jadi “penyapu misai kembang”! Kalau penyapu pun kau tak boleh jaga, macam mana kau nak jaga negara nanti..

Sekian tips meletak dan menyimpan penyapu dari PM #POM.

😜

#HEILB40!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.