KORANG TAU TAK APA BENDA NI?

K

Di sini lah tempat transisi teknologi dan survival komunikasi berlaku.

Sebelum wujud telefon bimbit, sebelum setiap rumah ada line telefon, pondok telefon dibina untuk memastikan teknologi komunikasi ini tercapai. Zaman tu telekom Malaysia charge mahal wo!

Keupayaan orang zaman 80’s dan ke atas ini adalah menghafal no telefon. 10 nombor? Tidak. Paling kurang 20 nombor. Sekarang ni berapa no telefon kau hafal?

Kalau di asrama beratur lah budak-budak untuk telefon keluarga atau gopren. Bangsa menggunakan pondok telefon ni biasa telah belajar bercakap secara ringkas dan padat. Nak cakap lama-lama kena after hours.

Perkataan bergayut pun rasanya berasal dari telefon berwayar macam ni la. Bercakap dengan telefor berwayar seoalah-olah seperti begayut. Pondok telefon ni juga tempat orang berteduh ketika hujan.

Aku dah pernah cerita, yang bangsa 80s ada menanam hasrat nak jadi macam Mcgyver. Jadi experiment biasanya dibuat pada pondok telefon ni lah. Mcgyver dah tunjuk kat TV kan?

Macam-macam helah dan trick dibuat untuk dapat melakukan panggilan percuma. Siapa dapat buat, dia lah king telefon. Trick itu hanya akan diajar kepada mereka yang rapat dan ada gopren sahaja.

Generasi yang lahir-lahir terus pegang handphone touch screen, internet dah laju, pegang ipad dan main media sosial. Cuba korang belajar tulis karangan. Tajuknya..

“AKU SEBUAH PONDOK TELEFON..”

#HEILB40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.