Terlalu banyak doa berbuka puasa yang ada dalam riwayat. Tapi 2 hadis ini yang dilihat paling sahih antara yang lain.
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan.]
—
Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku.”
[Riwayat Ibn Majah (1753)] [Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan.]—
Manakala doa yang biasa kita amalkan
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.
Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif.
—
Boleh disimpulkan sebenarnya, tiada lafaz yang khusus kerana wujud pelbagai lafaz dalam pelbagai riwayat.
Nabi menganjurkan berdoa dan doa orang berpuasa akan dimakbulkan. Maka, berdoalah, mintalah keampunan dan apa-apa yang dihajati ketika berbuka puasa.
Tiada yang mustahil bagi Allah..