DOA BERBUKA PUASA

D

Terlalu banyak doa berbuka puasa yang ada dalam riwayat. Tapi 2 hadis ini yang dilihat paling sahih antara yang lain.

Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):


ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)]

[Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan.]

—

Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku.”

[Riwayat Ibn Majah (1753)]

[Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan.]

—

Manakala doa yang biasa kita amalkan

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif.

—

Boleh disimpulkan sebenarnya, tiada lafaz yang khusus kerana wujud pelbagai lafaz dalam pelbagai riwayat.

Nabi menganjurkan berdoa dan doa orang berpuasa akan dimakbulkan. Maka, berdoalah, mintalah keampunan dan apa-apa yang dihajati ketika berbuka puasa.

Tiada yang mustahil bagi Allah..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin