(Ini cerita setahun setengah lepas, aku dah tulis lama, belum touch up dan tak publish. Hari ni aku publish. Semoga kisah abang ini jadi motivasi kepada anda semua!)
Aku pernah naik 1 e-hailing servis ni, masa aku nak letak luggage aku dalam boot kereta dia, aku nampak ada luggage dia, juga ada wire tersidai tuala mandi. Dia pandu Bezza. Orangnya kurus, penuh semangat dan berwajah tenang.
Aku biasanya naik e-hailing ni, aku akan duduk seat depan sebab nak tala aircond ke muka aku, maklumlah, Aussie kan. 10 tahun duk Australia. Kebiasaan soalan aku kepada e-hailing driver ni, full time? Dah berapa lama? Berapa income sehari sekarang? Tinggal di mana?
Jawapan abang itu menyebabkan aku rasa dia ni rare species! Orang yang ada vision dalam hidup. Dia kasitau dia dah setahun buat e-hailing, lagi 1 tahun or 1 tahun setengah dia stoplah. Orang yang ada target nak berhenti bila. Lain macam kan?
Dia cerita yang dia dulu kerja oil & gas, kena vss, buat business then melingkup, bini bawa anak-anak tinggalkan dia. So, dia tengah restart hidup dia dengan buat e-hailing full time.
Bila aku tanya berapa income dia boleh buat sebulan dengan e-hailing, dia kata dia target minimum sebulan RM8000 clean. Terkejut aku dengar. Dia cakap dia buat e-hailing 24hrs. Pastu rajin kejar insentif. Dia takda rumah, dia tidur dalam kereta sahaja, mandi dekat masjid.
Padanlah ada towel tergantung kat belakang. Dia takda rumah. Dia takda komitmen melainkan bayar loan kereta sahaja. Dia hanya makan sehari sekali, tak lebih RM10 sehari. Itu target dia.
“Kawan-kawan takda yang tolong ke?” Aku potong.
Dia jawab,
“Kawan-kawan ni, masa kita susah apa dia boleh buat? Lagipun saya tak suka susahkan orang. E-hailing ni ada pun dah membantu sangat.”
Dia target nak kumpul dalam RM200k untuk restart balik project dia. Dia cerita dengan penuh semangat bagaimana dia manage duit dia. Antaranya, makan free dekat anjung gelandangan. Aku tanya dia,
“So life abang memang dalam kereta jelah kan?”
“Kereta, masjid, kedai makan dan self service dobi.” Dia jawab sambil ketawa.
Aku tanya kenapa dia taknak cari kerja makan gaji je, dia jawab dia dah tak boleh nak makan gaji dah. Lagipun, industri tak stabil. Dia memang tekankan dia ada plan, ada project dia nak buat. Bila aku tanya project apa, dia tak kasitau, dia jawab, “adalah..”
Cuma dia bagitau yang buat e-hailing ni tak boleh jadi career. Boleh untuk transition buat income kalau kena buang kerja, atau macam dia, buat modal all out. Dia bagitau dia dah berjaya kumpul hampir RM100k sambil tersenyum.
Respect, kagum dan bangga aku dapat jumpa orang macam ni. Memang dia ada determination untuk kejar vision dia kumpul modal. Ada target yang dia nak capai. Inilah bukti orang sudah matang. Ada visi, misi dan target dalam hidup!
Sebelum aku turun, aku bagi kad aku,
“Abang kalau nak buat software atau nak minta saya invest project rahsia abang. Contact saya..”
Dia balas,
“Salah 1 kelebihan e-hailing, saya dapat kenal orang macam awak..”
Sahabat-sahabat yang buat e-hailing apa visi, misi dan target anda?