JOM BERKENALAN DENGAN KAPITALIS JAHAT DAN KAPITALIS MINION MELALUI MORATORIUM!

J

Kapitalis jahat yang tiada khilafnya adalah money lender atau ahlong. Inilah puak yang paling keras kepala. Walaupun berlesen, selama ini pun mereka tetap menjalankan money lending haram. Ugut, culik, rosakkan harta peminjam adalah perkara biasa asalkan mereka mendapat bunga dan pokok yang mereka mahukan.

Kapitalis minion pula adalah pemilik rumah sewa yang selama ini pun kena topup setiap bulan bayar bank tetapi taknak bagi penangguhan bayaran sewa kepada penyewanya. Walaupun dia dapat moratorium dari bank, dia tetap memaksa penyewanya membayar sewa penuh supaya dia mendapat “bonus” dalam tempoh moratorium ini.

Kita faham kalau dia minta kita bayar maintenance fee atau pun interest sahaja. Tapi kalau dia minta juga full sewa sebenarnya dia memang tak berhati perut. Dalam keadaan orang tak boleh berniaga, hilang mata pencarian, gaji dipotong, moratorium diberi untuk menstabilkan keadaan ekonomi rakyat supaya semua pihak berada dalam keadaan yang sama. Tetapi apabila kapitalis jahat dan minion ini merosakkan rantai ekonomi yang mahu diselamatkan kerajaan, maka mereka telah menghancurkan rantai ekonomi tersebut. Rakyat marhaen lah yang akan menjadi mangsanya!

Untuk premis perniagaan, kerajaan melalui LHDN telah menubuhkan Rental Reduction for Business Premise. Jadi apa lagi alasan mereka taknak tolong penyewa mereka? Kalau tak tolong juga memang cilakalah landlord korang!

Kalau landlord kau kapitalis minion mahupun kapitalis jahat, kasitau dia yang bapa kapitalis jahat pun kasi moratorium lah! Ahlong pun kasi holiday 3 bulan!

#HEILB40
#NYAHKAPITALISJAHAT
#Kitalawan

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.