KAPITALIS DAN MINDA KAPITALIS

K

Sebenarnya apa yang benar-benar ditentang oleh Karl Marx dalam Das Kapital?

Aku baca berkali-berkali Das Kapital untuk mencari di mana ajaran keganasan dan penentangan terhadap keusahawanan. Aku tidak jumpa. Mungkin aku gagal jumpa. Mungkin cara faham aku berbeza. Tak kisahlah, ini bukan Quran. Salah faham pun, kalau tak merosakkan akidah, agama dan kemanusiaan, apa masalah kan?

Jadi, aku buat kesimpulan. Perkara yang perlu diambil perhatian dan ditentang adalah manusia yang punya MINDA KAPITALIS menurut Marx.

Nak kaya tak salah, nak berniaga tak salah. Nak buat untung tak salah. Tapi, tidak ada unsur penindasan dan kezaliman dalam urusan-urusan tersebut. Rasanya China berjaya faham dengan baik. Sebab itu terus maju dan jitu. Cumanya bila agama takda, kemanusiaan dan kehidupan tidak dipandu wahyu. Maka, sudah pasti adalah kezaliman di sebalik kemajuan tersebut.

Apa itu minda kapitalis? Minda kapitalis itu adalah minda yang telah dirasuk syaitan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mana tanpa memikirkan nilai agama, kemanusian, undang-undang, ekonomi sejagat dan alam sekitar.

Inilah minda yang dibenci oleh Marx, bahkan Islam juga telah melarang manusia memiliki minda kapitalis seperti itu sejak 1400 tahun yang lalu. Islam telah menggariskan hak manusia secara individu dan masyarakat, alam sekitar, negara dan hak orang miskin secara khusus dengan jelas.

—-

Selepas tamat zaman belajar, aku lebih berminat mengkaji karya-karya agung barat untuk mengisi kehausan minda aku. Masa zaman belajar, aku banyak mengkaji dan membaca kitab-kitab turath agama Islam. Sebelum itu, aku membaca buku Fiqh Ekonomi Umar Al-Khattab, diikuti dengan karya-karya Karl Marx seperti Das Kapital dan The Communist Manifesto. Kemudian, The Capitalist’s Bible. Ada beza tau ideologi politik dan ekonomi. Marx menulis dengan idea ekonomi, bukan politik! Sebenarnya Lenin dan Stalin itu penganut Marxisme yang sesat pada pandangan aku.

Aku membaca dan mengkaji sekadar untuk mencari kebenaran. Supaya gang haluan kiri pun tak boleh nak tipu aku. Apa aku boleh simpulkan, Fiqh Ekonomi Umar telah merangkumkan 2 mazhab ekonomi capitalism dan communism yang telah dipraktikkan. Bukan sekadar berteori! Umar dah buat pada era pemerintahannya. Dah buat!

—-

Yang perlu kita lawan dan tentang sebenarnya adalah kapitalis jahat. Macam aku pernah cerita sebelum ni, ada Firaun baik, ada Firaun jahat. Ada kapitalis baik, ada kapitalis jahat. Maka kita lawan kapitalis jahat!

Kapitalis jahat ini lahir dari minda kapitalis. Spisis ini tak pernah kisah pasal orang lain, dia menjarah dana kerajaan, berebut peruntukan orang miskin dan memeras orang miskin tanpa rasa bersalah.

Biasanya kapitalis jahat ini takkan berlaga dengan dengan kapitalis jahat lain. Kerana mereka sama-sama menjalankan operasi dan menggunakan modus operandi yang sama. Kau jaga bontot aku, aku jaga bontot kau.

Korang ingat tak tahun lepas aku pernah mengkritik Fashion Valet sebagai kritikan terhadap dunia start-up? Kebanyakan founder-co founder start-up buat artikel khas defend Vivy. Masa tu rugi RM10 juta “je”, time rugi RM20 juta, sendu!

Sebab apa mereka pertahankan VVFV? Sebab mereka juga bercita-cita atau sedang melakukan perkara yang sama. Kau tak percaya? Mudah saja. Kau pergilah beli SSM report atau annual report mereka. Takda beza pun dengan VVFV!

—-

Sebelum mereka jadi kapitalis jahat, mereka akan jadi kapitalis minion. Kapitalis minion ni perangai dia macam kapitalis jahat, tapi sebab belum cashout, duit tak banyak. Jadi dia hanya mampu untuk kuat gebang kencang je. Kapitalis minion ni biasanya kalau dapat peluang lagi besar untuk dia sorang-sorang, dia akan tinggal partner-partner dia, dia sanggup biarkan partner-partner dia terkapai-kapai. Yang penting, dia masyukk!!!

Nanti aku cerita tentang pengalaman aku dengan kapitalis minion ni. Lepas tu korang boleh reflex dalam hidup korang pula. Mesti korang pernah jumpa punya!

ps: Kau jangan peliklah kalau tiba-tiba Tony Fernandes pakai kopiah.

#Nyahkapitalisjahat
#HEILB40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.