TONGKAT KHUTBAH BUKAN ALAT JENAKA DALAM IBADAH!

T

Viral sudah bermacam-macam jenis tongkat khutbah yang digunakan oleh khatib-khatib di rumah sempena raya PKP kali ini. Ada yang guna light saber, senapang, batang pancing dan juga parang syaitan.

Aku taktaulah apa niat mereka. Adakah mereka berlawan siapa paling lawak dan paling style atau apa jua alasan lain. Tapi, aku merasakan ia sesuatu yang tidak baik untuk dijadikan bahan jenaka atau hiburan.

Rasanya mereka semua sedia maklum yang tongkat bukanlah rukun mahupun sunnah untuk membaca khutbah. Di Malaysia kerana selalunya khatib atau imam itu tua-tua, maka mereka berpaut kepada tongkat untuk berdiri. Mungkin ia hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Dalam riwayat, Nabi menggunakan pedang dan busur panah untuk berpaut ketika berkhutbah semasa perang. Yelah, takkan kau nak tinggal pedang atau busur panah kau bersepah-sepah pula kan? Ada ke zaman ni kau boleh berjalan bawa pedang, senapang dan busur panah berjalan-jalan? Ketika Nabi sudah sedikit berusia, memang Nabi menggunakan tongkat. Tak pelik pun Nabi berkhutbah menggunakan tongkat.

Jika benar perkara ini sunnah untuk berkhutbah, sudah pasti para sahabat sudah mengamalkannya. Ianya sunnah buat khatib yang berhajat kepada keadaan dirinya. Kau khutbah dalam rumah, nak pegang pedang senapang, buat apa? Kau cukup sihat lagi, kau nak pakai tongkat buat apa?

Apa pun niat dan alasan kau. Solat raya dan khutbah raya adalah ibadah. Ia bukanlah bahan hiburan atau jenaka. Menjadikan ibadah atau syiar agama sebagai jenaka ditegah dan dilarang oleh Allah. Kau nak melawak dan merepek, buatlah di luar ibadah, amalan dan syiar agama.

Sebagaimana firman Allah SWT seperti berikut :

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.

(Surah Al-An’am: 70)

Firman-Nya lagi:

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْياَ

Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).

(Surah Al-A’raf : 51)

Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

(Surah al-Hajj : 32)

Jangan sampai suatu hari nanti ibadah-ibadah, amalan-amalan dan syiar-syiar agama Allah ini dipermainkan oleh kaum musyrikin kerana mereka melihat kaum muslimin sendiri yang suka dan gembira berjenaka terhadap ibadah dan syiar agama Islam.

Sepanjang aku tinggal di Australia, UK, UAE, Indonesia dan mengembara lebih dari 10 negara di dunia. Hanya di Malaysia sahaja aku melihat khatib wajib berpaut kepada tongkat tanpa kira usia.

Wallahu’alam..

Siapa bantah?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.