MENCARI RAKAN KONGSI STRATEGIK!!!

M

Sahabat aku, Nik Izwan Kamel pernah cakap,

“kita kena buat logistik, sampai kiamat logistik akan relevan..”

Boss aku, Abu Aisy pernah tanya,

“Bila korang nak buat apps logistik? Macam sial la T** ****y, G***, J**.. Mula-mula ok, lepas tu ke laut..”

—-

Setelah Malaysia melalui kehidupan new normal, kami lihat syarikat-syarikat logistik sangat-sangat diperlukan especially courier dan runner service. Kami percaya tiada satu pun akan dominant dan kekal kerana kerja ini bukan kau sendiri yang akan lakukan.

Aku tidak terus setuju. Aku menjalan sedikit survey bangang dengan bersembang-sembang dengan runner-runner dan subcon-subcon courier service, aku mendapati beberapa masalah yang aku kira mampu diselesaikan dengan rasa belonging dan tanggungjawab. Mereka juga ternanti-nanti something yang boleh membela nasib mereka.

Aku menghubungi mentor aku, Muaz Mahmud, calon Phd dalam bidang entrepreneurship dari University of Lanchaster UK, juga pemilik syarikat logistik terkemuka di UK Edex Private Limited untuk mendapatkan khidmat nasihat. Yelah, aku ni ngaji takat bawah pokok, dia sampai England nun, mesti hebat. Siap buat Phd lagi. Dia bukan sekadar bersetuju, bahkan juga telah siap siaga untuk meletakkan RM60,000 untuk mendapatkan bahagian sharenya.

—-

Disebabkan aku ini pejuang blockchain technology yang sentiasa mendambakan decentralized economy, pernah bertalaqi dengan guru-guru parti komunis Australia selepas tamat belajar, mahu melihat community economic berkembang, dan aku tak larat nak jaga banyak-banyak business..

Maka, aku ingin mencari 20 orang runner dan subcon courier service yang progresif lagi proaktif untuk menjadi rakan kongsi, bersama-sama kami membina sebuah platform courier dan runner service yang bermazhab sosialis dan menerapkan nilai-nilai keadilan win-win diantara customer dan penghantar.

20 orang ini akan menjadi shareholder awal, (nama masuk dalam SSM) menerajui operation dan memberi segala input kepada system yang akan dibangunkan. Mereka sendiri menjadi boss kepada start-up business ini nanti.

Dengan mazhab profit based start-up yang dipegang oleh kami, kami memerlukan C yang ke-3. Aduh, lupa nak terangkan. Ini ayatolla finance kami ajar, 3C penting untuk menjayakan apa-apa business.

1. CAPITAL – selesai
2. CAPABILITY – selesai
3. CONTENT – ANDA!

Capital biar kami selesaikan. Capability kami sebagai software developer dan orang bisnes insyaAllah lah. Content adalah anda!

Ya, anda! Andalah pelengkap 3C kami!

Jika anda berminat, email aku CV, transport yang kau ada, dan kenapa kau nak join projek ini. Jangan lupa kasitau berapa lama dah kau involve dengan logistik ni. Korang akan ditemuduga oleh pakar psikologi pekerjaan.

Email ke sini, [email protected]

Korang yang berminat nak campak idea dan masalah courier dan runner service, jangan malu-malu conteng kat ruangan komen ya! Jangan lupa tolong share dan tag kawan-kawan anda yang progresif lagi proaktif yang berpotensi untuk menjayakan projek ini!

#HEILB40
#NyahKapitalisJahat
#LawanPenindas

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.